Euforia Bola 2026
Didik

“Tak Boleh Biasa-Biasa” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Prinsip Didik Anak Berjaya, Sentiasa Letak Harapan Tinggi

harapan tinggi

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi satu perkongsian mengenai cara beliau mendidik anak-anak dengan meletakkan harapan tinggi sejak kecil.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau menceritakan tentang pencapaian dua orang anak perempuannya, Bella dan Tasha, yang baru sahaja menyertai Global English Language Olympiad of Southeast Asia. Dalam pertandingan itu, Tasha berjaya meraih pingat perak manakala Bella pula memperoleh pingat emas.

Baca juga: Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang ‘Power’!

LETAK HARAPAN TINGGI PADA ANAK, BIAR MEREKA FAHAM

HARAPAN TINGGI

Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah kedua-duanya tidak berasa gembira dengan pencapaian tersebut. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sejak kecil lagi beliau dan isteri mendidik anak-anak mereka untuk tidak berpuas hati dengan pencapaian sederhana.

Sebaliknya, mereka digalakkan agar sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi, sama ada akademik, sukan mahupun kehidupan secara keseluruhan.

“From a very young age, not to be average, but to become the best,” antara prinsip yang diterapkan dalam keluarga mereka.

Beliau turut menjelaskan bahawa kini apabila anak-anak sudah meningkat remaja, mereka sendiri memahami jangkaan tersebut. Bila tidak mencapai prestasi yang diinginkan, anak-anaknya akan sedar bahawa perlu berusaha lebih keras, bukan kerana ibu bapa atau orang lain, tetapi untuk diri sendiri.

“I see these traits in them now dand as a father, I am happy. It will take them far in the long run, insyaAllah,” tambahnya.

HARAPAN TINGGI

Walaupun begitu, pendekatan ini sering menjadi perbualan hangat kerana ada yang melihatnya sebagai motivasi, manakala ada juga yang bimbang boleh memberi tekanan kepada anak-anak.

Namun bagi Dr Sheikh Muszaphar, prinsip utamanya adalah untuk membentuk disiplin, daya usaha, dan mental yang kuat dalam diri anak-anak sejak kecil.

Di akhir perkongsiannya, beliau menegaskan bahawa segala didikan itu datang daripada kasih sayang seorang bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Walaupun Tasha sedikit kecewa dengan pingat perak yang diperoleh, pengalaman itu menjadi satu pelajaran penting tentang usaha, ketekunan dan semangat untuk terus memperbaiki diri.

Baca juga: KPM Tawar Tempat Automatik Di Matrikulasi Untuk Semua Calon SPM 10A Ke Atas, Tahniah!

Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×