Euforia Bola 2026
Nur

Arwah Meninggal Bujang, Adik-Beradik & Waris Dapat Harta Ke? Ini HAK Yang Ramai Tak Tahu

faraid harta pusaka

Apabila seseorang meninggal dunia dalam keadaan bujang, maksudnya tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, persoalan yang sering timbul ialah “Siapa yang berhak ke atas harta peninggalan arwah? Adakah adik-beradik boleh dapat harta melalui sistem faraid harta pusaka yang ada?”

Mari kita fahami isu ini mengikut hukum faraid dalam Islam supaya tidak keliru.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

MACAM MANA PROSES FARAID HARTA PUSAKA ORANG BUJANG YANG MENINGGAL? SIAPA DAPAT?

faraid harta pusaka

Foto: freepik

Faraid adalah pembahagian harta pusaka mengikut ketetapan yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran, khususnya dalam surah al-Nisa’. Ia bertujuan memastikan harta si mati diagihkan secara adil kepada waris-waris yang layak.

Jika seseorang meninggal dunia tanpa pasangan (suami/isteri) dan tanpa anak, waris-waris yang layak secara asas ialah:

  • Ibu dan bapa
  • Adik-beradik kandung
  • Adik-beradik seibu/sebapa
  • Datuk atau nenek (jika ibu bapa sudah tiada)

1. Kalau Ibu Bapa Masih Hidup…

Jika si mati bujang masih mempunyai ibu dan bapa yang hidup, maka pembahagian faraid adalah seperti berikut:

Dalam situasi ini, adik-beradik tidak menerima sebarang bahagian faraid, kerana ibu bapa adalah waris yang lebih utama dan ‘menghalang’ adik-beradik daripada mendapat bahagian.

2. Kalau Ibu Bapa Sudah Meninggal…

Jika si mati bujang tiada ibu dan bapa, barulah adik-beradik akan menjadi waris utama. Namun, bahagian mereka bergantung kepada:

  • Jenis adik-beradik (seibu sebapa, sebapa sahaja, seibu sahaja)
  • Bilangan lelaki dan perempuan
  • Sama ada ada waris lain (contoh: datuk, nenek)

Contoh:

Jika si mati bujang hanya meninggalkan 2 adik lelaki dan 1 adik perempuan, maka harta dibahagikan mengikut kadar:

  • Lelaki: 2 bahagian
  • Perempuan: 1 bahagian

Maka keseluruhan harta akan dibahagi kepada 5 bahagian (2 + 2 + 1). Setiap adik lelaki akan dapat 2/5, adik perempuan dapat 1/5.

Bagaimana Proses Tuntutan Harta?

faraid harta pusaka

Foto hiasan.

  1. Dapatkan sijil kematian.
  2. Mohon surat kuasa mentadbir (jika tiada wasiat atau pentadbir).
  3. Buat pembahagian faraid di Mahkamah Syariah.
  4. Wariskan harta mengikut perintah pembahagian yang dikeluarkan.

Jika si mati ada membuat wasiat, hanya 1/3 daripada harta sahaja boleh diwasiatkan kepada bukan waris. Selebihnya mesti diagihkan ikut faraid.

Contoh: Arwah bujang mewasiatkan rumah kepada sahabat — maka sahabat hanya boleh terima rumah itu jika nilainya tidak melebihi 1/3 jumlah keseluruhan harta, dan itu pun dengan persetujuan semua waris.

Kesimpulannya, apabila seseorang yang bujang meninggal dunia, pembahagian harta tetap berlaku mengikut sistem faraid. Adik-beradik hanya akan menerima bahagian jika ibu bapa telah meninggal dunia. Jika ibu bapa masih hidup, mereka adalah waris utama yang akan menerima keseluruhan harta pusaka.

Oleh itu, penting untuk setiap individu, bujang atau berkeluarga membuat perancangan awal seperti wasiat, hibah, atau perbincangan keluarga agar tidak timbul konflik di kemudian hari!

@fadhlina.teamhartapusaka Jom tengok siapa waris faraid individu yg bujang. #faraid ♬ nhạc nền – Linhh Khánh

Baca juga: Hibah Bukan Ada Satu Saja, Ini 5 Jenis Hibah Dalam Islam Yang Ramai Tak Tahu & Jadi ‘Punca’ Gaduh!

Sumber: jawi.gov, Tiktok @fadhlina.teamhartapusaka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×