Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Ajar Cara Buat Folder ‘In Case Mati’ Untuk Mudahkan Urusan Keluarga, Kit Kain Kafan Pun Termasuk!

dokumen waris

Kematian sering dianggap topik sensitif yang jarang dibincangkan secara terbuka. Namun, hakikatnya setiap insan akan melaluinya, dan persiapan awal seperti adanya dokumen waris mampu mengurangkan beban.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads mencuri perhatian apabila berkongsi inisiatif unik iaitu menyediakan sebuah folder khas dinamakan “In Case Mati”.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Apa Itu Folder “In Case Mati”? Dokumen Waris Perlu Ada!

dokumen waris

Foto hiasan.

Folder yang boleh dibuat di Google Drive ini berfungsi sebagai pusat simpanan maklumat penting. Antara yang disarankan:

  1. Dokumen insurans nyawa
  2. Nombor akaun bank & senarai hibah
  3. Senarai hutang (dikemaskini setiap 2 bulan)
  4. Senarai bil bulanan
  5. Kata laluan akaun digital & arahan selepas kematian (contoh: akaun amal jariah, media sosial)
  6. Nombor telefon penting seperti ahli keluarga, majikan atau pegawai hibah
  7. Nota permohonan maaf sebagai pesanan terakhir
  8. Selain fail digital, beberapa tambahan lain turut digalakkan seperti:
  9. Menyimpan dokumen sokongan (salinan IC waris, surat nikah, sijil lahir)
  10. Menyediakan kit kain kafan
  11. Menyenaraikan bayaran fidyah & khairat kematian
  12. Melantik wasi (pentadbir harta)
  13. Menyimpan salinan hardcopy dalam pendrive sebagai backup
  14. Menetapkan legacy account pada telefon pintar

Malah, bagi yang mahu lebih teratur, aplikasi seperti LastPass boleh digunakan untuk menyimpan kata laluan dengan selamat. Idea ini mendapat sambutan kerana dilihat sebagai usaha praktikal dan penuh tanggungjawab. Seorang pengguna lain, deyyasamat, turut berkongsi pengalamannya:

“Saya ada pocket file berlabel For when I’m gone. Dalam tu saya letak hibah, akaun bank, kata laluan, malah pesanan untuk kucing peliharaan saya kalau saya pergi dulu. Sedih bila fikir, tapi ia perlu..”

Kenapa Perlu Persediaan Awal?

dokumen waris

Foto: freepik

Walaupun kedengaran janggal atau “taboo” dalam masyarakat, hakikatnya persediaan sebegini adalah satu bentuk kasih sayang terakhir buat keluarga. Ia bukan sahaja memudahkan urusan duniawi selepas kematian, malah membantu waris mengelakkan kekeliruan dan beban yang berat ketika berdepan kehilangan.

Dengan langkah kecil seperti ini, kita bukan sahaja meninggalkan memori, tetapi juga warisan pengurusan yang teratur untuk mereka yang kita cintai.

Baca juga: Hibah Bukan Ada Satu Saja, Ini 5 Jenis Hibah Dalam Islam Yang Ramai Tak Tahu & Jadi ‘Punca’ Gaduh!

Sumber: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×