Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tak Perlu Tunggu Faraid, Suami Boleh Serah 2% KWSP Kepada Isteri Setiap Bulan Guna Cara INI

i sayang kwsp

Ramai dalam kalangan isteri tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh menerima sebahagian daripada caruman KWSP suami secara sah tanpa perlu menunggu pembahagian faraid walaupun selepas suami meninggal dunia. Caranya adalah dengan menggunakan caruman i Sayang KWSP.

Melalui kemudahan yang disediakan ini, suami boleh memilih untuk menyalurkan 2% daripada caruman bulanan mereka ke dalam akaun KWSP isteri. Malah, caruman ini akan dimasukkan secara automatik setiap bulan, selagi suami masih bekerja dan mencarum.

Baca juga: Peguam Jelas Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman KWSP Bekas Suami Sebagai Nafkah, Tak Boleh ‘Lari’!

ISTERI DAPAT 2% CARUMAN i SAYANG KWSP SUAMI, TAK PERLU TUNGGU FARAID

i sayang kwsp

Foto: Freepik

Ini adalah berdasarkan perkongsian Puan Auni Farhana yang telah berjaya menerima 2% caruman KWSP suami ke akaun KWSP dirinya sendiri tanpa perlu menunggu proses faraid di kemudian hari.

Menurutnya, setiap bulan selagi suami masih bekerja dan mencarum KWSP, sejumlah kecil daripada carumannya akan terus masuk ke akaun KWSP dirinya secara automatik. Memang nilainya tidak besar, tetapi sangat bermakna.

Contohnya, jika jumlah caruman KWSP bulanan suami (termasuk bahagian majikan dan pekerja) adalah RM1,000, dia akan menerima RM20 setiap bulan, manakala baki RM980 akan masuk ke akaun suami seperti biasa. Tambahnya, untuk para isteri yang sah sama ada isteri pertama, kedua, ketiga, mahupun keempat — tak perlu risau atau bergaduh kerana suami boleh tetapkan 2% untuk setiap isteri secara adil dan sah. Tak perlu berebut, tak perlu tarik rambut.

MACAM MANA NAK KIRA & BUAT?

i sayang kwsp

Inilah antara cara bijak dan mudah untuk pasangan suami isteri saling membantu membina masa depan kewangan yang lebih terjamin, melalui platform KWSP yang sah dan rasmi.

*Contoh Kiraan Betul (Mengikut 2% dari Caruman Pekerja):

– Jumlah caruman KWSP bulanan (gabungan majikan + pekerja): RM1000
– Caruman pekerja sahaja = 11% daripada gaji

Jadi, jika gaji RM5000 → 11% = RM550

Maka 2% daripada 11% caruman ini = (2 / 11) × RM550 = ~RM100

Jadi, isteri akan terima kira-kira RM100, dan selebihnya RM900 akan masuk akaun KWSP suami (perlu semak semula di sistem KWSP kerana mekanisme kiraan mungkin berubah mengikut cara caruman sukarela dibuat.)

*Kelebihan:

– Isteri ada simpanan sendiri di KWSP.
– Sah dari segi undang-undang dan tanpa rebutan faraid.
– Boleh dilakukan untuk isteri sah (1 hingga 4 orang isteri pun boleh).
– Tetapan kekal sehingga isteri meninggal dunia atau bercerai.

* Cara Nak Buat:

1. Suami muat turun aplikasi KWSP i-Akaun.

2. Log masuk dan pilih menu caruman sukarela atau i-Saraan.

3. Tetapkan amaun dan penerima (isteri).

4. Buat pengesahan.

Nota penting: Suami perlu beri persetujuan secara rasmi dan tak boleh dibuat secara rahsia. Kalau buat senyap-senyap guna maklumat tanpa izin, itu boleh jadi kesalahan undang-undang.

Baca juga: Bila Dah Kahwin, Suami WAJIB Utamakan Nafkah Kepada Isteri Atau Ibu Bapa Dahulu?

Sumber: Auni Farhana, KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×