Pensyarah wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah resort di Kemaman pada Sabtu ketika sedang bercuti bersama suami dan keluarga.
Mangsa, Nurhazwani Abd Halim, 34, merupakan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd. Halim Jusoh. Beliau dipercayai lemas ketika mandi bersama suaminya sekitar jam 5.30 petang.
Baca juga: Anak 11 Tahun Dipukul Dengan ‘Hanger’ Hingga Cedera Sebab Tak Cuci Pinggan, Bapa Didenda RM8,000!
PENSYARAH WANITA LEMAS DI KOLAM RENANG

Gambar Sinar Harian: Ahli keluarga mengangkat keranda jenazah Nurhazwani Abd Halim (gambar kecil) di Unit Forensik Hospital Kemaman, pada Ahad.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar, pasangan itu mendaftar masuk ke resort kira-kira jam 4 petang sebelum keluar mandi setengah jam kemudian.
“Selepas hampir sejam berada di dalam kolam, suami mangsa menyedari isterinya tenggelam dan tidak sedarkan diri.
“Mangsa segera dibawa naik dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.
Beliau berkata, proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kemaman sekitar jam 10.30 pagi Ahad bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Baca juga: Tular Pelekat Bahasa Rasmi Isra*l, Pesara Lelaki Dakwa Hanya Minat Tulisan Hebrew!
Sementara itu, bapanya, Datuk Abd. Halim ketika ditemui pemberita tidak menyangka percutian keluarga itu menjadi detik terakhir bersama anak keduanya.
“Ketika mandi, anak saya dan menantu berada berdekatan, tetapi kejadian berlaku tidak sampai seminit selepas menantu berpaling ke arah lain, arwah terus tenggelam,” katanya.
Beliau memaklumkan menantunya dan kakitangan resort segera melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum pasukan perubatan tiba, namun segalanya sudah terlambat.
“Mereka sudah berusaha sedaya mungkin, namun ALLAH lebih menyayanginya. Saya reda dengan ketentuan ini,” ujarnya.
Lebih 200 ahli keluarga dan kenalan hadir menziarahi jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman sebelum dibawa ke Kajang untuk dikebumikan.
Reaksi warga maya yang berbeza terhadap tragedi ini
Susulan itu, tinjauan penulis di laman Facebook mendapati segelintir pengguna menzahirkan rasa hairan terhadap situasi kejadian yang disifatkan ‘luar kebiasaan’ melibatkan individu dewasa. Ada yang mempersoalkan tempoh masa suami menyedari isterinya tenggelam serta mencadangkan agar pihak berkuasa menyemak rakaman CCTV dan mendapatkan saksi bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Namun, ada juga warga maya yang tampil mempertahankan keluarga arwah dan menasihati agar masyarakat tidak terburu-buru membuat andaian. Mereka menjelaskan bahawa kejadian berlaku terlalu pantas dan tiada siapa menjangkakan tragedi itu akan terjadi.
Baca juga: Anak Tahan Sebak Tangkap Ayah Main Kayu Tiga Dengan Wanita Seberang “Kenapa Makan Tak Bawa Mak?”
Sumber: Sinar Harian (1), (2), (3)
FT Image: Sinar Harian
