Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Berkaki Ayam Dukung Tubuh Kaku Anak Lelaki, 6 Jam Sebelum Meninggal Masih Aktif, Hiba!

MATI MENGEJUT

Suasana menjadi pilu apabila seorang ibu dilihat kaku, mendukung anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa dan difahamkan akibat mati mengejut.

Kejadian yang menimpa ibu itu pastinya menyentuh hati itu tular di media sosial pastinya mengundang simpati dan doa ribuan rakyat Malaysia.

Baca juga: Ibu Terharu Terima Layanan Tip Top Di Klinik Kesihatan, Siap Cantumkan Kerusi Rotan Untuk Anak

IBU KAKU DUKUNG ANAK MATI MENGEJUT, BERKAKI AYAM MASUK LIF

MATI MENGEJUT

Menerusi perkongsian wanita yang dikenali sebagai Eila, dia memuat naik rakaman CCTV memaparkan keadaan cemas ketika membawa anak kecil berusia 9 bulan yang diberi nama Muhammad Dayyan Zharif.

Wanita berkenaan kelihatan berkaki ayam sambil mendukung anaknya dan termenung panjang di saat suami dan anak-anak sudah memasuki ruangan lif.

Video itu turut memaparkan anaknya membantu memegangkan selipar dan menekan butang lif sambil menunggu ibunya masuk ke dalam.

Kejadian mati mengejut itu turut memerlukan proses bedah siasat (post-mortem) bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Prosedur ini adalah penting terutamanya apabila kematian berlaku secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal penyakit yang jelas.

Hasil proses bedah siasat mendapati anak lelakinya itu tidak mempunyai sebarang penyakit dan punca kematian masih belum disahkan.

“Mummy dah cuba sedaya upaya elak tak nak postmortem. Tapi mummy tak ada pilihan. Pilihan pertama kalau mummy taknak postmortem, pihak hospital nak simpan Dayyan lagi sampai mummy dapat tarikh bicara di mahkamah dan hakim yang tentukan sama ada boleh postmortem atau tak.

“Post mortem keluar keputusan Dayyan tak ada sakit apa pun dan tak ada punca kematian. Apa perjanjian awak dengan Allah mummy tak tauu. Mummy dah jaga awak sampai dah gemuk tapi ini yang mummy kena lalui. Nanti mummy abah pula menyusul, awak tarik mummy abah cepat-cepat masuk syurga ya,” luahnya.

Di ruangan komen, warganet memberi sokongan selain mendoakan kekuatan buat si ibu dan ahli keluarga dengan kejadian anak mati mengejut.

“Semoga ibu ini diberikan kekuatan luar biasa. Kami yang tak kenal pun terasa sangat perit bila tengok video itu,” kata pengguna media sosial.

Baca juga: Ibu Kongsi Momen Cemas, Simpanan Tabung Haji Anak Makin Berkurang, Trik ‘Scammer’ Memang Licik!

Sumber: TikTok Puan Eila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×