Euforia Bola 2026
Asuh

“Sumpah Saya Tak Buat!“- Pengasuh Gen Z Tak Mengaku Cengkam Kuku Di Badan Bayi Asuhan, Nampak Lapisan Lemak!

pengasuh bayi

Sebuah perkongsian di media sosial mengundang kemarahan warganet apabila seorang ibu mendakwa anaknya mengalami kecederaan serius di bawah jagaan pengasuh bayi.

Mana tidaknya, anak yang ditatang bagai minyak yang secara tiba-tiba mempunyai luka di badan seolah-olah dicengkam kuku jari yang tajam!

Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!

BADAN ANAK PENUH LUKA CENGKAMAM KUKU, PENGASUH BAYI TAK MENGAKU & SALAHKAN IBU BAPA

pengasuh bayi

Foto: Badan bayi penuh luka cengkaman kuku.

Segalanya terbongkar apabila wanita itu menerima mesej WhatsApp daripada pengasuh memaklumkan terdapat luka di lengan anaknya. Namun, sebaik melihat sendiri, hatinya seakan direntap.

“Kesan kuku tu besar, dalam… sampai nampak warna kuning macam lapisan lemak,” luah si ibu di laman Thread.

Menurutnya, anak kecil itu hanya dipegang oleh tiga individu iaitu dirinya, suami, dan pengasuh. Maka, persoalan mula timbul apabila pengasuh menafikan sekeras-kerasnya.

Lebih mencurigakan, wanita itu mengaku pernah melihat pengasuh berusia 24 tahun itu menyimpan kuku panjang serta mengenakan inai hitam di jari, walaupun telah diingatkan supaya memotongnya.

“Hari kejadian, saya terus ke rumah pengasuh. Tapi bila sampai, kuku dia dah pendek. Padahal sebelum ni, memang panjang,” katanya.

Pengasuh Sumpah Tidak Bersalah

pengasuh bayi

Foto: Mesej dari pengasuh.

Pengasuh tersebut bagaimanapun mempertahankan diri, mendakwa dia memotong kuku sehari selepas kejadian, dan menegaskan tidak pernah mencederakan anak asuhannya.

“Sumpah saya tak cengkam dia. Takkan la saya nak buat macam tu. Tapi biasalah, pengasuh kalau tak salah pun tetap dipersalahkan,” katanya dalam mesej.

Namun, si ibu berasa pelik dengan alasan yang diberikan, terutama apabila pengasuh mendakwa luka itu sudah kering, sedangkan ketika dia melihatnya, luka masih merah dan segar.

“Kuku kami suami isteri pendek. Jadi, dari mana datang kesan kuku tu?” soalnya.

Rata-rata pengguna media sosial menasihati wanita itu supaya segera mencari pengasuh lain. Mereka menyifatkan penjelasan panjang lebar tanpa diminta sebagai tanda cuba untuk menutup kesalahan.

“Kalau tak tanya tapi dia yang explain dulu, itu red flag. Terlalu banyak alasan. Saya tak percaya,” tulis seorang pengguna.

Kes ini menjadi peringatan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa memeriksa keadaan anak setiap kali menghantar dan mengambil mereka daripada jagaan pengasuh  demi keselamatan yang tidak ternilai.

Baca juga: Bayi 1 Tahun 7 Bulan Maut Digigit Anjing Liar, Ditemui Mak Ayah 20 Meter Dari Rumah!

Sumber: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×