Euforia Bola 2026
Asuh

“Patutlah Setiap Kali Hantar Nangis..”- Ibu Ini Tak Sangka Anak Pernah Kena Tampar Dengan Pengasuh Sampai Berbirat!

pengasuh bayi

Tanggal 31 Oktober 2023 menjadi tarikh yang tidak akan pernah terpadam dalam ingatan seorang ibu ini yang berkongsikan kisah di laman Tiktok @ainhunny apabila pengasuh bayi yang dipercayai telah melakukan keganasan terhadap anaknya sendiri.

Hari itu, hatinya remuk apabila menerima satu pesanan WhatsApp daripada pengasuh anaknya, Arman apabila pesanan itu akhirnya membongkar satu kebenaran pahit yang langsung tidak disangka.

Baca juga: Anak Sihat & Ceria Ketika Dihantar Ke Rumah Pengasuh, Pulang Dengan Muka Penuh Berbirat Luka!

PENGASUH BAYI YANG DIPERCAYAI TAMPAR MUKA ANAK SAMPAI BERBIRAT

pengasuh bayi

Menurut ibu tersebut, perasaan gagal sebagai seorang ibu menyelubungi diri sebaik mengetahui Arman telah ditampar oleh pengasuhnya.

“Rasa gagal sangat masa dapat wasap dari pengasuh. Bila jemput anak, dia diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa, hanya menangis..” tulisnya.

Lebih menyayat hati, ibu itu mengakui barulah ketika itu dia faham mengapa selama ini Arman sering menangis setiap kali dihantar ke rumah pengasuh. Rupa-rupanya, tangisan itu adalah jeritan kecil yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Ibu tersebut berkongsi bahawa ketika menjemput anaknya, emosi bercampur-baur seperti terkejut, sedih, marah dan bersalah menyelubingi dirinya.

“Tak sangka kuat betul kena tampar. Patutlah selama ni nangis je bila nak hantar,” tambahnya.

Sebagai ibu, hatinya luluh memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.

Terus Tukar Pengasuh Demi Keselamatan Anak, Netizen Persoal “Kenapa Tak Report?”

pengasuh bayi

Foto: Arman sekarang, sihat dan gembira.

Tanpa berlengah, keesokan harinya ibu itu terus menukar pengasuh. Keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Arman, walaupun luka emosi sebagai seorang ibu masih terasa. Alhamdulillah, perubahan yang berlaku selepas itu sangat ketara.

“Lepas tukar pengasuh, terus jadi anak yang baik dan happy!” tambahnya lagi.

Arman kembali ceria, tidak lagi trauma setiap kali dihantar, dan menunjukkan perkembangan emosi yang jauh lebih positif. Pada November 2024, Arman mula masuk taska. Sekali lagi, Allah mempermudahkan urusan apabila guru-guru di taska disifatkan sebagai sangat baik dan penyayang.

Kini, Arman sudah berusia tiga tahun dan tahun hadapan bakal melangkah ke alam prasekolah. Ibu itu tidak dapat menyembunyikan rasa syukur melihat anaknya membesar dengan sihat dan gembira, meskipun lahir ketika usia kandungan baru 35 minggu.

“Besar dah adik. Alhamdulillah membesar dengan elok..” tulisnya.

Persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai adalah mengapa ibu ini tidak membuat laporan polis terhadap pengasuh tersebut. Jawapannya ringkas tetapi penuh pertimbangan seorang ibu:

“Saya tak buat report, just tukar pengasuh terus. Sekarang alhamdulillah anak saya dah dekat taska, membesar dengan elok..”

Bagi ibu ini, keutamaan utama adalah keselamatan dan pemulihan emosi anak, bukan membuka luka lama yang mungkin memberi kesan jangka panjang. Kisah ini menjadi peringatan buat semua ibu bapa agar tidak memandang ringan perubahan emosi anak, terutamanya apabila mereka kerap menangis, takut atau enggan ditinggalkan.

Kadangkala, anak kecil tidak mampu bersuara dan kitalah yang perlu menjadi suara serta pelindung mereka.

@ain_hunny Pada 31 Oktober 2023 tarikh yang paling tak boleh dilupakan sampai bila-bila dimana Arman kena tampo dengan pengasuh. Rasa gagal sangat masa dapat wasap dari pengasuh. Bila jemput anak tu diam seribu bahasa tak tahu nak cakap apa,hanya menangis sebab tak sangka kuat betul kena tampo. Patut la selama ni nangis je bila nak hantar rumah pengasuh. Kesian adik. Esoknya terus tukar pengasuh baru alhamdulilah terus jadi anak yang baik & happy. November 2024 masukkan taska dan alhamdulilah ticer taska semua baik2 belaka. Tahun depan 4tahun adik da masuk Preschool. Besar da adik yang lahir pada kandungan baru 35minggu.😍❤️ #myson #memory ♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Baca juga: “Dikepung, Ditumbuk, Ditendang” – Murid Tahun 2 Patah Hidung, Retak Tulang Mata Dibuli Rakan Sekolah!

Sumber: Tiktok @ain_hunny

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×