Tidak dinafikan, ramai khususnya wanita gemar membela kuku panjang kerana dianggap lebih cantik dan menyerlahkan penampilan diri.
Namun tanpa disedari, kuku yang terlalu panjang juga boleh menjadi tempat berkumpulnya kotoran serta bakteria yang berpotensi menjejaskan tahap kebersihan diri dan kesihatan.
Baca juga: KKM Tegaskan Terapi ‘Tidur 6 Saat’ Tidak Disokong Sains & Boleh Bawa Maut, Jangan Cuba-Cuba!
REMAJA BELA KUKU PANJANG, SALURAN KENCING TERKELUAR CACING

Tangkap layar dari Instagram @dokter.dinar .
Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi satu kisah yang agak mengejutkan melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun. Remaja tersebut datang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan selepas mengadu mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil.
Remaja alami pedih ketika kencing
Menurut perkongsian itu, pada peringkat awal remaja tersebut sempat sembuh selepas menerima rawatan. Namun tidak lama kemudian, masalah sama kembali berulang sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa setiap kali ke tandas.
Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila remaja itu mendapati terdapat cecair kemerahan keluar dari saluran kencingnya ketika membuang air kecil. Situasi tersebut membuatkan doktor menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar.

Tangkap layar dari Instagram @dokter.dinar .
Rupanya cacing keluar dari saluran kencing
Hasil pemeriksaan mendapati, benda berwarna merah yang keluar daripada saluran kencing remaja itu sebenarnya merupakan cacing bersaiz halus.
Penemuan tersebut agak mengejutkan kerana pada usia tersebut, doktor beranggapan dia tidak lagi melakukan aktiviti seperti bermain tanah atau perkara kotor seperti kanak-kanak kecil.
Selepas meneliti keadaan fizikalnya, doktor akhirnya menemui punca yang mungkin menyebabkan masalah tersebut berlaku.
Kuku panjang jadi punca pengumpulan kotoran
Apabila tangan remaja itu diperiksa, didapati kukunya agak panjang dan terdapat kesan hitam di bawah kuku yang menunjukkan kewujudan kotoran yang terkumpul. Keadaan ini dipercayai menjadi punca kemasukan parasit ke dalam badan sehingga menyebabkan jangkitan.
Perkongsian tersebut dijadikan peringatan kepada orang ramai supaya tidak memandang ringan aspek kebersihan kuku. Walaupun nampak remeh, memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih sebenarnya penting bagi mengelakkan risiko jangkitan atau masalah kesihatan yang tidak dijangka.
Sumber: Instagram @dokter.dinar
FT Image: Instagram @dokter.dinar
