Euforia Bola 2026
Asuh

Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar

HANTAR ANAK SEKOLAH

Bergelar seorang ibu dan memilih menjadi suri rumah bukan satu perkara yang mudah seperti disangka. Antara perkara perlu diselesaikan adalah hantar anak sekolah dan ambil pada waktu ditetapkan sehingga ada segelintir ibu rasa lelah atau ‘burnout’.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Ashikin Hashim di laman Facebooknya, lelah yang dirasai itu hanyalah sementara kerana anda pasti akan merinduinya kelak.

Baca juga: Aplikasi Untuk Anak Belajar Ini Ada Selit Unsur Lucah, Ramai Yang Dah ‘Download’!

LELAH BILA HANTAR ANAK SEKOLAH & AMBIL, IBU BACA INI UNTUK KEKUATAN

HANTAR ANAK SEKOLAH

Freepik

“Penat sebenarnya hantar dan ambil anak sekolah. Belum lagi anak buat hal. Semoga kelelahan ini berbalas kebaikan daripada Allah SWT buat semua ibu bapa. 

“Saya pernah cakap dengan anak-anak, saya ada masa lebih kurang 11 tahun je peluang untuk hantar dan amik anak-anak sekolah. (Dari darjah 1 sehingga tingkatan 5).

“Saya akan cari sekolah agama yang dekat dengan rumah sebab tak nak hantar anak ke asrama atas alasan saya sendiri.
2 orang sudah lepas fasa 11 tahun dihantar dan diambil. Tinggal lagi 2 orang lagi. InshaAllah saya akan nikmati momen ini,” luahnya.

Tambahnya lagi, buat ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki, mereka pastinya ada keinginan untuk berdikari kerana tidak ingin menyusahkan ibu bapa.

“Mereka akan minta untuk belajar motor/kereta. Mereka akan minta untuk pergi sekolah sendiri. Percayalah waktu itu hati kita akan meronta. Berbelah bahagi. Antara ingin melepaskan atau bagaimana,” katanya.

Kenapa saya suka hantar anak pergi sekolah?

1. Saya akan ambil peluang berbual dengan anak-anak semasa dalam kereta. Sebab saya rasa masa ni anak akan fokus mendengar.

2. Waktu inilah saya akan menasihati tentang sesuatu isu.

3. Sementara tunggu anak keluar dari sekolah, dapat ambil peluang membaca al-Quran. Anak-anak nampak dan tahu rutin kita.

4. Sambil memandu, lebih memilih untuk berzikir atau memasang Al Quran daripada memilih mendengar lagu.

Dia turut menjelaskan bahawa keputusan untuk hantar anak sekokah dan ambil sendiri kerana anak akan lebih letih kerana perlu menunggu giliran sampai ke rumah masing-masing.

“Pernah cuba naik van tapi anak-anak tak suka dan kesian sebab mereka terpaksa pusing uncle hantar rumah orang lain dulu. Lebih penat. Jadi saya ambil keputusan untuk hantar dan ambil. Lebih banyak masa dengan mereka alhamdulillah. Saya bekerja sendiri jadi tak sukar bagi saya,” ujarnya.

Kepada mak-mak yang bekerja dan terpaksa guna khidmat van, jangan rasa sedih. Kita semua sama-sama berjuang. Walau kasut kita berbeza tapi kita tetap nak yang terbaik untuk anak-anak kita.

Baca juga: Nampak Sedap Tapi 5 Snek Ini Ada Risiko Tercekik Pada Anak, Tolong STOP Bagi!

Sumber: Facebook Ashikin Hashim

Kredit imej: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×