Seorang doktor berkongsikan kenangan semasa zaman kanak-kanaknya apabila dia berasa sangat segan dengan kereta milik ayahnya. Tidak berasal dari keluarga kaya raya dan ayah hanya memiliki kereta buruk untuk menghantarnya ke sekolah, menyebabkan dia rasa teramat malu.
Inilah yang dikatakan, perasaan malu yang mendalam sering kali mendorong seseorang untuk mengelak daripada berdepan dengan situasi tertentu.
Baca juga: 11 Nahas Ngeri Bas Paling MENGGEMPARKAN Di Malaysia, Jumlah Terkorban Sangat Tinggi!
AYAH HANTAR SEKOLAH GUNA KERETA BURUK, SI ANAK MALU!

Gambar hiasan.
Dia bercerita bahawa semasa waktu kecil dulu, dia sering merasakan kereta ayahnya sangat uzur. Tambah pula, bunyi enjin kuat, pendingin hawa tak sejuk, itulah yang menjadikan dia lagi malu kalau ada rakan yang nampak.
“Setiap kali ayah hantar saya ke sekolah, saya minta dia berhenti agak jauh dari pintu pagar. Saya tak mahu orang tahu itu ayah saya,” ceritanya.
Ketika itu, dia langsung tidak rasa bersalah atas sikapnya itu sehinggalah satu peristiwa membuka matanya.
“Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat ketika waktu balik sekolah. Saya pula tak bawa payung.
“Saya tengah menunggu, tiba-tiba sebuah kereta lama berhenti di depan pagar. Lampunya menyala dan pengelap cermin bergerak perlahan.
“Saya melangkah mendekati, rupa-rupanya ayah. Dia senyum dan kata… ‘Ayah datang awal sikit, takut kamu kena hujan’,” kongsinya.
Doktor itu mengaku bahawa kata-kata ayahnya ketika itu membuatkan dia tergamam dan sebak. Jika dulu malu untuk menaiki kereta tersebut pergi ke sekolah, tapi sebenarnya kereta itulah yang setia menjemputnya setiap kali diperlukan.
“Kalau kamu pernah rasa begini terhadap mak atau ayah kamu, peluklah mereka sementara masih ada kesempatan,” nasihatnya.
Ramai netizen mengakui mereka juga pernah melalui pengalaman serupa, dan ia menjadi motivasi untuk memiliki kereta yang lebih baik apabila dewasa.
“Dulu kereta ayah jenis lama, warna pun sembur sendiri, dan sering dijadikan bahan ketawa kawan-kawan,”- netizen.
“Saya pun pernah rasa malu, tapi saya simpan saja dalam hati. Dalam diam saya berazam, suatu hari nanti saya akan pandu kereta baru yang lebih elok,”- netizen.

Foto: Freepik
Berdasarkan kisah ini, kita mendapat pengajaran bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap mengenang budi terutamanya terhadap ibu bapa. Kalau dengan ibu bapa pun tidak jaga sikap, bagaimana nak berhadapan dengan orang luar?
Baca juga: Arwah Ayah Tinggalkan Diari Sejak 1975, Coretan Undang Air Mata Kini Jadi Peneman Anak
Sumber: Mstar
