Euforia Bola 2026
Famili

Tujuh Tahun Naik Bot Hantar Anak Ke Sekolah, Pengorbanan Ayah Ini Curi Perhatian Netizen & Bikin Sayu..

pengorbanan seorang ayah

Di sebalik keindahan pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan, tersimpan kisah pengorbanan seorang ayah yang sanggup meredah lautan setiap hari demi memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan sempurna.

Bukan sekali-sekala, tetapi rutin ini telah berlangsung tanpa gagal selama tujuh tahun! Perkongsian ini bukan sahaja meruntun hati malah menjadi satu bukti kasih seorang ayah yang tiada tandingan.

Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup

PENGORBANAN SEORANG AYAH REDAH LAUTAN 7 TAHUN HANTAR ANAK SEKOLAH

pengorbanan seorang ayah

Kisah pengorbanan menerusi laman Tiktok Jamaluddin Musa, 42 tahun ini menyentuh hati warganet apabila beliau berkongsi rutin hariannya bersama dua anak, Armin dan Aida, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Rompin, Pahang.

Menurut Jamaluddin, setiap hari mereka perlu menaiki bot laju ke sekolah kerana jarak antara rumah dan sekolah agak jauh. Jika menggunakan bot, perjalanan mengambil masa sekitar 10 minit, namun jika berjalan kaki, ia boleh memakan masa sehingga empat jam kerana perlu meredah hutan dan mendaki bukit.

“Setiap hari kami tempuhi laluan ini selama tujuh tahun,” katanya.

Sebagai seorang pengajar selam skuba, Jamaluddin turut berkongsi pengalaman sukar yang tidak dapat dilupakan, antaranya insiden enjin bot terjatuh ke dalam laut menyebabkan anak-anaknya tidak dapat hadir ke sekolah.

“Cuaca juga menjadi cabaran kadang-kadang hujan, ribut dan ombak besar. Kadangkala kami perlu guna bot lebih besar untuk keselamatan. Tapi yang paling mencabar, bila enjin bot tercabut dan jatuh ke laut. Mujur saya bawa pendayung dan sempat mendayung ke pantai,” ujarnya.

Dalam satu temubual bersama stesen radio tempatan, Jamaluddin menjelaskan walaupun perjalanan ke sekolah mencabar dan memerlukan pengorbanan besar, beliau tidak pernah berputus asa kerana yakin pendidikan adalah kunci masa depan anak-anaknya.

Beliau juga melabur sebahagian besar pendapatannya untuk membeli enjin bot baharu selepas kejadian tersebut.

“Enjin bot jatuh, terpaksa beli baharu. RM6,000 saya laburkan demi anak-anak ke sekolah. Alhamdulillah, ALLAH beri rezeki lebih atas pengorbanan ini,” katanya penuh syukur.

“BAWA BOT BUKAN KERJA MUDAH..”

pengorbanan seorang ayah

Perkongsian beliau ini menjadi tular dan menerima hampir 900,000 tontonan. Rata-rata netizen tersentuh dengan semangat dan pengorbanan seorang ayah demi masa depan anak-anaknya.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Bangga lihat anak pulau yang bersungguh-sungguh ke sekolah walaupun perlu rentas lautan. Saya sebagai guru sedih lihat murid yang tinggal dekat sekolah tapi malas datang.”

“Comelnya anak-anak tuan. Semoga jadi anak soleh dan solehah. Belajar rajin-rajin balas jasa ayah.”

“Hebat ayah dan ibu kamu. Bawa bot bukan kerja mudah.”

“Bertuah kamu dik, pengalaman ke sekolah menaiki bot ini sangat berharga. Semoga berjaya dunia dan akhirat.”

@scubanaut16 Kalau di sekolah Armin Aida ada anugerah ayah terbaik mungkin ayah dapat sb ayah bukan saja jaga nyawa anak-anak ayah tp nyawa anak-anak orang lain ke sekolah.6 tahun bukan masa yg pendek,enjin bot jatuh dlm laut terpaksa ayah beli baru rm6k utk anak-anak ayah ke sekolah. Alhamdulillah Allah SWT memberi rezeki yg lebih atas pergorbanan ayah 😍 #behindthestory #ayah #myroutine #viraltiktok #sktekekpulautioman ♬ WARISAN_pesan bonda – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

*Semoga berjaya dunia dan akhirat!

Baca lagi: Rezeki Tak Salah Alamat, Pemuda Popular Dengan Konten ‘Cleaner Masjid’ Dijemput Tunai Haji Dari Arab Saudi

Sumber: Tiktok @scubanaut16

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×