Siapa sangka sikap ibu yang baik, penyayang, sabar, dan sanggup berkorban demi anak lama-kelamaan tercabar sehingga ada yang tempeleng anak tanpa niat.
Menerusi laman Facebook milik Mohd Fhais Salim, dia menjelaskan di sebalik kelembutan dan ketabahan seorang ibu, ada saat-saat emosinya teruji disebabkan beberapa punca seperti penulis kongsikan di bawah ini.
Baca juga: Ibu Ini Pilih Hantar Anak Sekolah Antarabangsa Sebab, “Sekolah Kebangsaan Banyak Sangat Cuti…”
SIKAP IBU YANG BAIK BOLEH TEMPELENG ANAK TANPA NIAT, INI SEBABNYA

Freepik
Sikap ibu yang baik boleh berubah jika:
1. Dah burnout
Burnout bukan sekadar letih fizikal tetapi lebih kepada keletihan emosi dan mental yang berpanjangan. Seorang ibu yang burnout mungkin mengalami rasa lesu sepanjang masa walaupun cukup tidur, hilang minat untuk buat kerja harian selain cepat marah atau rasa kosong secara emosional.
Bila ibu dah sampai ke tahap ini, kesabaran mereka menjadi sangat nipis di mana sikap penyabar pun boleh hilang kawalan apabila anak buat perangai, walaupun pada situasi biasa.
2. Sunyi
Wanita secara fitrahnya memerlukan hubungan sosial dan sokongan emosi namun realitinya, ramai ibu hari ini menguruskan anak dan rumah seorang diri kerana suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.
Bila ibu rasa keseorangan terlalu lama, ini boleh menyebabkan:
- Rasa sunyi walaupun dikelilingi keluarga
- Tak ada tempat untuk meluah perasaan
- Rasa terbeban sebab semua tanggungjawab atas bahu sendiri
Akhirnya, bila anak buat perangai, ibu menjadi hilang kawalan dan bertindak secara agresif tanpa sengaja.
3. Sikap ibu – stres yang kronik
Ibu yang mengalami tekanan kronik biasanya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Tekanan yang terlalu lama ini boleh buat seseorang jadi lebih mudah marah, lebih sensitif dan lebih garang bila berlaku sesuatu yang mencabar.
4. Tak ada sokongan keluarga
Bila ibu tak ada sokongan daripada insan tersayang, dia pastinya mudah rasa tertekan. Bila anak buat perangai, ibu terus ‘meletup’.
5. Perangai anak yang terlalu mencabar
Kajian mendapati 10% kanak-kanak di dunia tergolong dalam kategori temperament sukar yang bermaksudnya si kecil seorang yang susah tidur, kuat menangis dan sukar dipujuk.
Sekiranya ibu mempunyai anak dalam kategori ini, tahap kesabaran mereka diuji berkali-kali setiap hari. Walaupun seorang ibu itu baik dan penyabar, jika dia berhadapan dengan ragam anak yang melampau, pastinya akan mudah hilang kawalan.
Kesimpulannya, jangan ambil kesempatan di atas sikap ibu yang baik dan menambahkan bebannya dengan 5 masalah di atas ini.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Teknik Mudah Ajar Anak Kayuh Basikal Tanpa Roda Tambahan, 30 Minit Dah Boleh Bawa Sendiri
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim
