Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pasukan Orkestra MRSM Ulul Albab FELDA Trolak Raih Anugerah Emas, Satu-Satunya Wakil Asia!

pasukan orkestra

Pasukan orkestra MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab FELDA Trolak mencipta sejarah membanggakan apabila berjaya merangkul anugerah emas ‘Golden Diploma Award’ dalam kategori ‘middle class’ di International Festival of Wind Orchestra Prague 2025.

Baca juga: Pernah Ada ‘Speech Delay’, Kini Usia 9 Tahun Aiman Minat Salin Ayat Al-Quran & Hasil Macam Karya Pakar!

PASUKAN ORKESTRA MRSM FELDA TROLAK HARUMKAN NAMA NEGARA

pasukan orkestra

Gambar ihsan FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan: MAWO dari MRSM Ulul Albab FELDA Trolak memenangi anugerah emas ‘Golden Diploma Award’ di International Festival of Wind Orchestra Prague 2025.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan pasukan orkestra MAWO menewaskan tujuh kumpulan lain dari enam buah negara, menjadikan pencapaian luar biasa apatah lagi mereka mewakili satu-satunya pasukan dari Asia di pentas berprestij tersebut.

Sebanyak 13 kumpulan orkestra dari 11 negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dengan selebihnya datang dari negara-negara Eropah.

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Facebook, anugerah Golden Diploma diberikan kepada MAWO berdasarkan pemarkahan tertinggi yang diberikan oleh barisan juri profesional selepas menilai semua lapan kumpulan dalam kategori penyertaan ‘middle class’.

Selepas anugerah emas, anugerah yang diberikan adalah perak dan gangsa.

Terdapat tiga kategori pertandingan pada tahun ini iaitu ‘lower class’, ‘middle class’, dan ‘higher class’. Penentuan kategori pula berdasarkan tahap kesukaran muzik, kemahiran teknikal serta pengalaman kumpulan orkestra yang bertanding.

Baca juga: Dari 2A SPM (Sastera) Ke Anugerah Tertinggi Universiti (Kejuruteraan) Di Indiana, Ini Kisah Inspirasi Zul Hakim!

pasukan orkestra

Gambar ihsan FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Kejayaan ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan MAWO.

Menurut beliau, pencapaian ini mencerminkan semangat luar biasa dan disiplin tinggi yang dimiliki oleh anak-anak muda luar bandar.

“Saya sendiri berpeluang menyantuni mereka dan memberikan sokongan secara langsung pada malam Konsert “Desaku Mendunia” yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, RTM Angkasapuri pada 28 Mei lalu.

“Ketika itu, saya sendiri menyaksikan dan merasai kehebatan luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak muda ini – penuh bakat, disiplin dan semangat luar biasa sebelum mereka berangkat ke pertandingan berprestij di Prague,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menyalurkan sokongan berterusan kepada anak-anak muda dalam bidang seni dan budaya, termasuk dari segi motivasi, penyediaan peralatan serta pembiayaan.

“Syabas kepada keluarga besar MRSM, FELDA dan MARESMAF – anda benar-benar telah ‘MENDONIA’!” ujar beliau penuh bangga.

Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!

Malah, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah mereka melalui laman Facebook rasmi masing-masing.

“Cuba bayangkan, anak-anak FELDA ini baru sahaja menghidupkan semula orkestra ini, tapi sudah berjaya membuktikan bahawa anak Felda benar-benar mendonia!,” ujar Datuk Fahmi Fadzil.

“Rata-rata mereka adalah anak-anak FELDA yang dibimbing dalam sistem pendidikan MRSM dan kini berjaya mendapat pendedahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Inilah bukti bahawa dengan peluang dan sokongan yang betul, anak luar bandar juga mampu menggegarkan dunia,” kata Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Baca juga: Semangat Sayangkan Negara, Bapa Cina Minta Anak Jaga Lencana Jalur Gemilang, Siap Pesan Anak Kena Hebat Bahasa Melayu!

Sumber: FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan / Zahid Hamidi / Fahmi Fadzil / Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×