Euforia Bola 2026
Didik

“Nak Duit Beli Scooter? Baca Surah Dulu..”- Cara Unik Dr Asyraf Wajdi Didik Anak Cintakan Al-Quran Raih Pujian

dr asyraf wajdi

Tidak semua ibu bapa memilih cara mudah dalam mendidik anak-anak. Bagi Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini, pengalaman membesarkan anak-anaknya dipenuhi dengan kaedah unik.

Kaedah unik yang dimaksudkan adalah berteraskan Al-Quran. Selain ilmu tinggi dalam bidang akademik seperti yang dihebahkan kepada pelajar-pelajar MRSM, ilmu agama jangan pernah ditinggalkan.

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

Dr Asyraf Wajdi ‘Ugut’ Anak, Nak Minta Duit Kena Baca Hafalan Surah

dr asyraf wajdi

Foto: FB Dr Asyraf Wajdi

Baru-baru ini beliau berkongsi kisah mengenai anaknya yang sedang menuntut ilmu di Madinah. Si anak menghubungi beliau untuk meminta wang membeli sebuah skuter, dengan alasan perjalanan ke kuliyyah agak jauh. Namun jawapan Dr. Asyraf bukan sekadar ‘ya’ atau ‘tidak’.

Syaratnya, anak perlu terlebih dahulu bertasmik Surah Ali-Imran iaitu membacakan hafazan surah panjang itu melalui panggilan video bersama beliau. Hanya selepas itu, barulah hajat si anak dipenuhi.

Didikan Konsisten Sejak Kecil

dr asyraf wajdi

Foto: Salah seorang anak Dr Asyraf yang juga mahir dalam jahitan.

Menurut Dr. Asyraf, amalan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil lagi, anak-anaknya sudah dibiasakan dengan syarat sama iaitu:

“Kalau nak apa-apa, kena hafal satu surah…” katanya.

Walaupun sudah meningkat dewasa, kaedah itu tetap diteruskan supaya anak-anak tidak mudah mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Lebih penting lagi, ia menjadi cara beliau memastikan anak-anak sentiasa istiqamah dalam hafazan dan murajaah al-Quran.

Dr Asyraf turut mengajak ibu bapa lain mencuba kaedah ini. Katanya, ia boleh dimulakan seawal usia 6 tahun sebagai satu bentuk insentif agar anak-anak bersemangat menghafal, walaupun hanya surah-surah pendek seperti Surah Al-Ikhlas.

Beliau yakin bahawa dengan cabaran zaman kini yang semakin dinamik, Al-Quran harus dijadikan asas pembentukan jati diri anak-anak. Ia bukan sahaja memberi disiplin, malah menjadi pendinding daripada perkara-perkara yang memudaratkan. Malah, ada juga dalam kalangan warga maya yang ingin menggunakan keadah ini kepada diri sendiri yang sudah dewasa!

“Good suggestion! Akan cuba try atas diri sendiri juga sebelum beli benda-benda dalam list impian,”– netizen.

Kisah ini membuktikan bahawa dalam mendidik anak-anak, pendekatan kreatif yang berpaksikan Al-Quran mampu membentuk peribadi yang lebih kukuh. Kaedah “hafal dulu, baru dapat” bukan sekadar ganjaran duniawi, tetapi juga menyuburkan hubungan anak dengan Kalam Allah.

Baca juga: Dr. Asyraf Terjah MRSM Langkawi Buat ‘Spot Check’, Terkejut Pintu Tandas Tercabut Bila Ditolak Dengan 1 Jari!

Sumber: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×