Berita gembira buat rakyat Malaysia yang sering kali pergi ke luar negara, pasport Malaysia renew setiap 10 tahun kini berada dalam fasa akhir!
Baru-baru ini Berita Harian melaporkan, pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata setakat ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek.
Baca juga: Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas
PASPORT MALAYSIA RENEW 10 TAHUN PADA FASA AKHIR
Dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Hari Imigresen 2024 di sini Isnin lalu, beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara.
“Pasport lima tahun kadang banyak cop dan kelompok (sering keluar negara). Ini (kita) bagi pilihan ada pasport 10 tahun. Dia akan ambil dan untuk itu, dia kena bayar lebih sebab lebih muka surat.
“Kami sedang perhalusi. Fasa-fasa akhir ini dan akan usahakan dalam masa terdekat,” katanya.
Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor berkata, pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura, selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.
Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!
Baca juga: Tak Perlu Susah Tunggu Promosi, Ini Cara Beli Tiket ‘Flight’ Yang Murah!
JIM tekad proses pengeluaran pasport Malaysia selama 60 minit
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertekad mengekalkan kepantasan pengeluaran pasport Malaysia, iaitu selama 60 minit bagi proses secara fizikal serta memastikan ciri-ciri keselamatannya berada pada tahap terbaik.
Kedudukan pasport Malaysia di dunia setakat tahun 2024

Gambar: freepik
Saifuddin Nasution berkata, pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.
“Ukurannya apa dia? Siapa pegang pasport boleh mengembara tidak perlu visa. Lagi banyak negara benarkan pemegang pasport masuk tanpa visa, lagi berkuasa kedudukannya.
“Ciri-ciri keselamatan kita kekal, perkukuh dan tambah baik,” katanya sambil menambah jumlah pengeluaran pasport setakat 15 Julai lalu sebanyak 1.45 juta.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Julai lalu, Saifuddin Nasution berkata, pergerakan keluar masuk warga Malaysia termasuk penduduk tetap ialah 65.5 juta orang.
“Pergerakan keluar masuk warga asing di Malaysia ialah 35.0 juta dan jumlah pekerja asing ialah 2.36 juta,” katanya. – BERNAMA
Baca juga: Seronok Borong Ole-Ole Di Jepun, Kena Tahu Ini Senarai Snek Tak Halal Di Sana!
Sumber: Berita Harian

