Euforia Bola 2026
Percutian

Bermula 1 Jun Pasport Malaysia Baharu Ada 94 Ciri Keselamatan, Ini Yang Rakyat Perlu Tahu! Antaranya…

pasport malaysia

Buat rakyat yang merancang ke luar negara, ada berita penting mengenai pasport Malaysia apabila versi baharu dokumen perjalanan itu bakal mula dikeluarkan bermula 1 Jun ini dengan ciri keselamatan yang jauh dipertingkatkan.

Menariknya, Pasport Malaysia Antarabangsa baharu ini dikatakan hadir dengan 94 ciri keselamatan, hampir sekali ganda berbanding hanya 49 ciri sebelum ini bagi memastikan ia lebih selamat dan sukar dipalsukan.

Baca juga: ‘Merah’ Bukan Semua Sama, Rupanya Ada 3 Jenis Pasport Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA BAHARU DILENGKAPI 94 CIRI KESELAMATAN

pasport malaysia

Gambar BERNAMA: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban ketika sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Imigresen di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10 hari ini.

Pasport baharu mula dikeluarkan secara berperingkat

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, pengeluaran pasport baharu itu akan dilakukan secara berperingkat di empat pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu.

Sebagai permulaan, orang ramai boleh mendapatkan pasport baharu ini di lokasi berikut:

  1. Menara Ikhlas (Ibu Pejabat JIM)
  2. Pejabat Pasport Imigresen Kuala Lumpur
  3. UTC Wangsa Maju
  4. Pejabat Imigresen Shah Alam

Menurut Zakaria, pengeluaran ke seluruh cawangan JIM dijangka dilakukan secara berperingkat sehingga penghujung Julai.

Baca juga: Macam Ada Beauty Consultant Sendiri! Ini Prompt ChatGPT Viral Boleh Cuba, Tak Perlu Bayar RM5k!

Apa 94 ciri keselamatan pasport baharu?

Setakat ini, pihak imigresen belum mendedahkan keseluruhan 94 ciri keselamatan bagi tujuan perlindungan dokumen dan mengelakkan risiko pemalsuan.

Bagaimanapun, beberapa ciri yang dikongsikan termasuk:

  • Elemen visual tersembunyi untuk pengesahan identiti
  • Hologram keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan dokumen
  • Cetakan sinaran ultra ungu (UV) yang hanya boleh dilihat menggunakan cahaya khas
  • Benang jahitan keselamatan khas pada buku pasport

Ketua Pengarah Imigresen menjelaskan bahawa ciri-ciri baharu itu ditambah baik bagi memastikan pasport Malaysia kekal antara dokumen perjalanan yang sukar dipalsukan.

Baca juga: “Semua Kenangan Lesap!”- Pendrive Tiba-Tiba Rosak Selepas Lama Tak Guna, Individu Dedah Sebab Ramai Tak Jangka

pasport malaysia

Gambar Berita RTM

Tak perlu tergesa-gesa tukar pasport lama

Dalam masa sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pertukaran pasport sekiranya dokumen sedia ada masih mempunyai tempoh sah laku.

Menurut Zakaria, pasport lama yang masih sah melebihi enam bulan masih boleh digunakan seperti biasa.

“Saya harap orang ramai tidak berebut-rebut untuk datang ke pejabat imigresen mendapatkan pasport baharu.

“Tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar pasport lama anda jika tempoh sah laku belum tamat,” ujar beliau.

Jadi, bagi yang belum mempunyai keperluan mendesak untuk memperbaharui pasport, mungkin boleh tunggu proses pelaksanaan dibuat sepenuhnya di semua cawangan terlebih dahulu.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×