Berita baik buat rakyat negara ini, pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun bakal dilaksanakan tahun ini selepas kerajaan mewartakan perubahan baharu menerusi Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan semalam.
Sebelum ini, pasport Malaysia hanya mempunyai tempoh sah laku lima tahun, namun perubahan tersebut dijangka memberi lebih kemudahan kepada rakyat khususnya mereka yang kerap ke luar negara.
Baca juga: Pasport Baharu Tangguh, Ini 10 Perkara Lain Mulai 1 Jun 2026 Akan Berubah Yang Rakyat Wajib Tahu
PERKARA PENTING FI PASPORT MALAYSIA TEMPOH 10 TAHUN

Gambar hiasan: Haidatina
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa pewartaan sudah dibuat dan tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian.
Bagi yang masih keliru tentang kadar baharu, berikut beberapa perkara penting yang perlu anda tahu.
1. Pasport Malaysia sah laku 10 tahun bakal diperkenalkan
- Menerusi pewartaan baharu kerajaan, rakyat Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun
- Bagaimanapun, tarikh rasmi pelaksanaan masih belum diumumkan dan akan dimaklumkan kelak oleh pihak berkaitan
2. Kadar fi pasport Malaysia
- Bagi warganegara berumur 13 hingga 59 tahun, kadar fi baharu pasport 10 tahun ditetapkan sebanyak RM350.
- Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya dikenakan bayaran RM200 untuk pasport tempoh sah laku lima tahun.
Kadar fi lama pasport Malaysia 5 tahun:
- Warganegara = RM200
- Warga emas = RM100
Kadar fi baharu pasport Malaysia 10 tahun:
- Warganegara = RM350
- Warga emas 60 tahun ke atas = RM175
- OKU 18 tahun ke atas (berdaftar) = Percuma
3. OKU boleh dapat pasport percuma
Golongan orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 layak mendapatkan pasport secara percuma.
Langkah ini dilihat mampu mengurangkan beban kewangan golongan berkenaan terutama bagi urusan perubatan, pendidikan atau perjalanan tertentu.
Baca juga: KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Paling Menarik Anak Cikgu 10A SPM Boleh Dapat RM1K!

Gambar hiasan: Nasiha
KADAR BAYARAN BAHARU UNTUK GANTI PASPORT ROSAK ATAU HILANG
Kerajaan turut menetapkan kadar bayaran baharu bagi kes kehilangan atau kerosakan pasport.
Bagi warganegara berumur 13 hingga 59 tahun:
- Kali pertama: RM550 (sebelum ini RM400)
- Kali kedua: RM850
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1,350
Bagi warga emas 60 tahun ke atas:
- Kali pertama: RM375
- Kali kedua: RM675
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1,175
Bagi OKU berumur 18 tahun ke atas & pegawai Imigresen:
- Kali pertama: RM200
- Kali kedua: RM500
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1,000
Baca juga: Jangan Panik Jika Resit Hilang Atau Tak Cukup, Ini 3 Cara ‘Selamat’ Bila Sampai Masa Audit LHDN
Sumber: Berita Harian
FT Image: Haidatina / Gemini AI
