Euforia Bola 2026
Famili

Malaysia Negara Pertama Di Dunia Kenalkan Pasport Biometrik, Tak Sangka Sehebat Ini!

PASPORT MALAYSIA BIOMETRIK

Pasport Malaysia biometrik bukan sekadar dokumen perjalanan biasa, tetapi ia juga mempunyai keunikan tersendiri dalam sejarah dunia.

Buat anda yang tidak tahu, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan pasport biometrik atau e-Pasport, menjadikannya perintis dalam teknologi keselamatan dokumen perjalanan.

Baca juga: Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut Di Leher & Ada Objek Tumpul Dimasukkan Dalam Dubur

PASPORT MALAYSIA BIOMETRIK PERTAMA DI DUNIA

PASPORT MALAYSIA BIOMETRIK

Pasport Malaysia biometrik dikeluarkan pada bulan Mac 1998 dan teknologi ini dibangunkan oleh syarikat tempatan yang menjadi perintis dalam inovasi dokumen perjalanan elektronik.

Menjelang akhir tahun 2008, sebanyak 60 negara telah mula mengeluarkan pasport biometrik dan angka ini meningkat kepada lebih 150 negara pada pertengahan 2019.

Pasport biometrik atau dikenali sebagai e-Pasport, mengandungi cip mikroelektronik tertanam. Cip ini menyimpan maklumat biometrik pemilik pasport yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti pemegangnya dengan lebih selamat dan pantas.

Teknologi ini menggunakan sistem kad pintar tanpa sentuhan (contactless smart card technology) yang terdiri daripada:

– Cip mikroprosesor (Mengandungi data peribadi dan biometrik pemegang pasport)

– Antenna terbina dalam (Menyediakan tenaga kepada cip dan membolehkan komunikasi tanpa sentuhan)

– Lokasi cip (Biasanya tertanam pada bahagian depan, belakang atau tengah pasport.

Antara kelebihan e-Pasport Malaysia

Sebagai negara pertama yang memperkenalkan pasport biometrik, Malaysia telah menetapkan piawaian keselamatan yang kini digunakan secara global. Antara kelebihannya adalah:

  • Mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan identiti
  • Memudahkan pemeriksaan imigresen dengan sistem e-Gate di lapangan terbang
  • Memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan antarabangsa

Selain itu, pasport Malaysia biometrik bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih selamat, tetapi juga mempercepatkan proses imigresen bagi pemegangnya.

Baca juga: Ibu Selamat Lahirkan Anak Keenam Seberat 7kg, ‘Bayi Gergasi’ Diberi Nama Amirkhann

Sumber: ASEAN Culture & History

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×