Euforia Bola 2026
Famili

Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit

pakaian ibu zayn rayyan

Prosiding kes kematian kanak-kanak autistik yang masih dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 masih berjalan. Hari ini, saksi pendakwaan ke-16 memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa pakaian ibu Zayn Rayyan berbeza pada hari tersebut.

Suri rumah, Rashidah Rajali, 37, menjelaskan dia terserempak sebanyak dua kali dengan ibu Zayn dalam pakaian yang berbeza. Pertama dia berselisih dengan Ismanira Abdul Manaf pada 12.15 tengah hari ketika mahu menghantar anak sulung ke sekolah.

Baca juga: Kerajaan Nak Tamatkan 30,000 Kakitangan Kontrak Tiada SPM, Cuepacs Anggap Ini Tidak Adil

PAKAIAN IBU ZAYN RAYYAN BERBEZA PADA HARI KEJADIAN

PAKAIAN IBU ZAYN RAYYAN

Buletin TV3

Rashidah memaklumkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

Raja Zaizul: Masa puan jumpa kali pertama pada 12.15 tengah hari, puan ingat pakaian dia?

Rashidah: Dia pakai tudung warna hitam, baju warna putih, kain atau seluar macam palazzo warna hitam.

Raja Zaizul: Kali kedua, ingat tak dia pakai baju apa?

Rashidah: Saya tak ingat keseluruhannya, tetapi tudung bercorak dengan warna sedikit gelap.

Raja Zaizul: Adakah pakaian pada 12.15 tengah hari dan 12.35 tengah hari sama?

Rashidah: Tak sama, lain.

Selain itu, saksi yang sama turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah melihat arwah Zayn Rayyan bermain di taman permainan sekitar apartmen itu.

Raja Zaizul: Kenal adik Zayn Rayyan?

Rashidah: Kenal tak kenal, tapi pernah nampak.

Raja Zaizul: Anak-anak puan pernah main dengan dia?

Rashidah: Tak pernah, Zayn tak pernah bermain di luar.

Prosiding kes ini bersambung esok dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Waktu Persekolahan Bulan Puasa Seperti Biasa, “Lembik Anak-Anak Bila Balik”

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×