Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dipenjara lima tahun di Penjara Wanita Kajang selepas disabitkan kesalahan mengabaikan anaknya yang juga kanak-kanak autistik dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonan tertuduh berusia 30 tahun untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Baca juga: Ismanira Didapati Bersalah, Mahkamah Putuskan Ibu Zayn Rayyan Abaikan Anak…
IBU KEPADA ZAYN RAYYAN DIPENJARAKAN DI KAJANG HARI INI

“Tertuduh tidak mengemukakan sebarang alasan luar biasa yang boleh dipertimbangkan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman,” jelas hakim ketika membacakan keputusan.
Suasana di mahkamah bertukar tegang apabila suami tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari, dilihat melontarkan kata-kata kecaman sebaik keputusan dibacakan, menyebabkan anggota keluarganya terpaksa menenangkannya sebelum keluar dari kamar perbicaraan.
“Semoga kamu dilaknat!” jerit Zaim Ikhwan sejurus mahkamah memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak autisme mereka dua tahun lalu.
Keadaan turut memanas apabila ibu kepada Zaim Ikhwan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak polis yang menjalankan siasatan kes berkenaan sebelum meninggalkan kawasan mahkamah dalam keadaan emosi.
“Puaslah kau, botak!” ujarnya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.
Terdahulu, pada 13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Allahyarham Zayn Rayyan, namun mahkamah pada hari ini mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara serta-merta
Baca juga: Pihak Berkuasa Bakal Lesenkan 10 Permainan Bahaya Online , Termasuk Roblox, GTA & PUBG
Sumber: Berita RTM
