Euforia Bola 2026
Famili

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Terus Jalani Penjara 5 Tahun

HUKUMAN PENJARA

Impian Ismanira Abdul Manaf, 30, untuk pulang ke pangkuan keluarga tidak menjadi kenyataan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan kerana mengabaikan anaknya yang menghidap autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, dua tahun lalu.

Baca juga: Adik Terjatuh Parit Tangkap Ikan Laga, Abang 12 Tahun Lemas Ketika Cuba Selamatkan

IBU ZAYN KEKAL JALANI HUKUMAN PENJARA 5 TAHUN

HUKUMAN PENJARA

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Aslam Zainuddin, pada Selasa, yang menolak rayuan Ismanira agar dibebaskan sementara menunggu keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman kes tersebut.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai penjaga Zayn Rayyan, 6, mengabaikan tanggungjawab sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Kejadian berlaku di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, termasuk kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

HUKUMAN PENJARA

Zayn Rayyan sebelum ini dilaporkan hilang dan kemudian ditemui meninggal dunia pada jam 10 malam, 6 Disember 2023, di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Pada 31 Oktober lalu, Hakim Dr Syahliza Warnoh mendapati Ismanira bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Wanita itu diarahkan menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman ditolak.

Menurut hakim, tertuduh gagal membuktikan faktor khas yang membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Baca juga: Jadual Lengkap Tarikh Puasa Sunat Rejab 2025/2026, Jangan Lupa Baca Niat..

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×