Pada 12 April lalu, nilai emas dicatatkan paras tertinggi, di mana ia mencecah RM500 segram. Disebabkan itu, ramai mengambil langkah bijak untuk menjual semula emas mereka, biarpun setelah itu ia mengalami sedikit sahaja penurunan.
Selain itu, masyarakat kini semakin berpengetahuan tentang emas yang diketahui sebagai aset bernilai sehingga menjadi buruan untuk pelaburan jangka panjang. Di mana, orang ramai akan membeli emas ketika harga menyusut rendah dan kemudian menjualnya semula ketika nilai melonjak naik, seperti sekarang ini.
Baca juga: Terkejut Kerap Gosok Gigi Tapi Semakin Kuning, Rupanya Selalu Buat 4 Kesalahan Ini!
NILAI EMAS PADA PARAS TERTINGGI

Harga dibeli RM2,314 pada 2002 meningkat kini kepada RM18,718
Sebagaimana, hantaran video yang tular di TikTok baru-baru ini, memperlihatkan seorang wanita berkongsikan gelang emas yang dibeli oleh seorang pelanggannya pada tahun 2002 kini telah meningkat harganya berkali ganda.
Difahamkan, gelang tersebut yang dibeli pada harga RM2,314 pada tahun 2002 kini bernilai RM18,718.
“Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314. Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718.
“Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa, hanya peram emas je! Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw!
“Beli emas tak pernah rugi, cuma orang sahaja lambat sedar. Bila jumpa macam-macam klien, dari situ baru Fiesha banyak belajar kenapa simpan emas itu penting.
“Kalau dulu tahu, confirm dah kumpul banyak! Tapi tak apa, belajar dan mula sekarang lagi baik dari tak mula langsung,” katanya.

Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!
Warga maya kongsikan pengalaman jual emas
Sementara itu, di ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan pengalaman mereka menjual semula emas yang dimiliki. Di mana, kebanyakan mereka berpandangan sama iaitu pembelian emas untuk tujuan simpanan masa hadapan sememangnya tidak merugikan.
“Betul, saya beli gelang padu saya RM2100, sekarang harganya saya tanya hari 11K.
“Saya sempat beli masa PKP. Masa itu emas paling murah dan lah beli buat simpan emergency.
“Samalah tahun lepas jual emas beli tahun 2002, 3k jual 2024 dapat 13k…Pehhh senyum meleret,” antara komen yang ditinggalkan.
@fieshagold “Jual balik emas ni memang makcik kayooo! 😍✨ Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314 🔥 Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718! 😱📈 Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa—hanya peram emas je! Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw! Beli emas tak pernah rugi, cuma orang je lambat sedar… termasuklah Fiesha dulu! 🤦♀️😆 Bila jumpa macam-macam client, dari situ baru Fiesha banyak belajar kenapa simpan emas tu penting. Kalau dulu tahu, confirm dah kumpul banyak! Tapi takpe, belajar & mula sekarang lagi baik dari tak mula langsung. 😉 Emas bukan untuk kaya cepat, tapi untuk kaya selamat. Jom mula dengan serendah RM10 je hari ni! 💰✨ #SimpanEmas FieshaGold”** #SimpanEmas FieshaGold” Jom daftar akaun emas percuma https://gbgold.my/join/GB10320 #emasterpakai #emaslelong #jualsuratpajak #kedaiemas
Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!
Sumber: TikTok @fieshagold
FT Image: TikTok @fieshagold
