Euforia Bola 2026
Nur

Makin Ramai Kaum Hawa Beli Barang Kemas Bentuk Haiwan, Memang Comel Tapi Islam Benarkan Ke?

BARANG KEMAS BENTUK HAIWAN

Baru-baru ini timbul persoalan dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum hawa mengenai hukum memakai barang kemas bentuk haiwan atau gambar makhluk bernyawa seperti manusia.

Soalan ini sering ditanya khususnya apabila terdapat rekaan cincin, gelang, rantai atau loket yang memaparkan bentuk haiwan dan figura tertentu sebagai hiasan.

Baca juga: Ramadan 2026: Fenomena ‘Masjid Hunting’ Makin Viral, Ini 18 Lokasi Popular Sekitar Lembah Klang

BARANG KEMAS BENTUK HAIWAN, ISLAM LARANG ATAU BENARKAN

BARANG KEMAS BENTUK HAIWAN

Merujuk kepada penjelasan para ulama, memakai barang kemas yang mempunyai ukiran atau gambar makhluk bernyawa adalah dilarang dalam Islam.

Larangan ini bersandarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW yang menegaskan larangan terhadap pembuatan dan penyimpanan gambar makhluk bernyawa.

Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Said bin Abu al-Hasan, beliau berkata bahawa seorang lelaki datang bertemu Ibnu Abbas RA dan meminta fatwa mengenai pekerjaannya sebagai pembuat gambar.

Ibnu Abbas RA menyampaikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap pembuat gambar berada di dalam neraka dan setiap gambar yang dibuat, Allah akan memberikannya nyawa lalu ia akan menyiksa pembuatnya dalam neraka Jahanam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari.

Ibnu Abbas RA turut menasihatkan bahawa sekiranya seseorang perlu menghasilkan gambar, maka hendaklah melukis sesuatu yang tidak bernyawa seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Larangan ini bertujuan menutup jalan kepada unsur-unsur penyerupaan terhadap ciptaan Allah SWT serta mengelakkan budaya pemujaan atau pengagungan makhluk seperti yang berlaku dalam sejarah umat terdahulu.

BARANG KEMAS BENTUK HAIWAN

Walaupun konteks asal hadis merujuk kepada pembuat gambar, para ulama turut menjelaskan bahawa memakai atau menyimpan perhiasan yang memaparkan makhluk bernyawa juga termasuk dalam perkara yang perlu dielakkan.

Bagi mereka yang ingin berhias, Islam tidak melarang perhiasan secara keseluruhannya. Umat Islam digalakkan memilih rekaan yang tidak mempunyai unsur makhluk bernyawa seperti corak geometri, motif bunga dan tumbuhan atau kaligrafi.

Secara ringkasnya, memakai barang kemas yang mempunyai ukiran atau gambar makhluk bernyawa adalah tidak dibenarkan menurut pandangan majoriti ulama, berdasarkan dalil hadis yang sahih.

Namun, bagi mendapatkan penjelasan lanjut atau sekiranya terdapat kekeliruan dalam situasi tertentu, adalah lebih baik merujuk kepada pihak berautoriti agama di negeri masing-masing.

Baca juga: Ramai Belum Tahu Kalau Anda Berada Di Bangunan Level 80 Ke Atas, Kena Buka Puasa Lewat Sikit!

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×