Euforia Bola 2026
Nur

Trend Wanita Pakai Jam Tangan Emas 916 Untuk Nampak Cantik & Eksklusif, Tak Berdosa Ke?

jam tangan

Ramai wanita gemar memakai jam tangan emas sebagai aksesori harian, namun masih ada yang tertanya-tanya tentang hukumnya dalam Islam, terutama apabila timbul dakwaan bahawa jam emas termasuk dalam kategori perkakas emas yang dilarang penggunaannya.

Persoalan ini turut diajukan kepada pihak mufti bagi mendapatkan penjelasan lebih jelas mengenai hukum wanita memakai jam tangan emas.

Baca juga: “Nampak Lurah Punggung Masa Sujud…” Lelaki Ini Dah Tegur Imam Muda Dengan Baik, Tapi Ini Pula Reaksinya..

HUKUM WANITA PAKAI JAM TANGAN EMAS, BOLEH KE?

JAM TANGAN

Menurut penjelasan diberikan, hukum wanita memakai jam tangan emas adalah harus dan dibolehkan sama ada untuk tujuan perhiasan mahupun aksesori. Ia tidak termasuk dalam kategori perkakas atau bekas yang diharamkan penggunaannya dalam Islam.

Dalam Islam, penggunaan bekas atau perkakas yang diperbuat daripada emas dan perak untuk makan dan minum sememangnya diharamkan bagi lelaki dan wanita.

Perkara ini berdasarkan hadis daripada Ummu Salamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang minum daripada bekas (yang diperbuat daripada) emas atau perak, maka sesungguhnya perutnya sedang menggelegak dengan api neraka.” (Riwayat Muslim)

Para ulama juga bersepakat bahawa larangan itu bukan hanya terhad kepada pinggan atau cawan, malah termasuk pelbagai jenis bekas dan perkakas lain yang diperbuat daripada emas dan perak.

Antaranya termasuk:

  • Bekas makan dan minuman
  • Bekas bara bukhur
  • Bekas celak
  • Bekas untuk bersuci
  • Peralatan rumah tertentu

Larangan ini kerana ia termasuk dalam kategori ina’ (إِنَاءٍ) iaitu bekas atau perkakas kegunaan tertentu. Walau bagaimanapun, jam tangan emas tidak termasuk dalam kategori tersebut kerana ia dipakai sebagai perhiasan dan aksesori, bukan bekas atau alat kegunaan makan dan minum.

jam tangan

Menurut kamus Arab Mu’jam al-Wasith, perkakas (ina’) merujuk kepada bekas makan dan minum. Manakala Kamus Dewan pula mentakrifkan perkakas sebagai alat untuk memasak, makan, bertukang dan seumpamanya.

Oleh itu, jam tangan tidak termasuk dalam maksud perkakas yang diharamkan. Dalam masa sama, Islam sememangnya mengharuskan wanita memakai emas sebagai perhiasan.

Perkara itu berdasarkan hadis daripada Abu Musa RA, Nabi SAW bersabda:

“Dihalalkan emas dan sutera bagi perempuan dalam kalangan umatku dan diharamkan bagi lelaki.” (Riwayat al-Nasa’i)

Justeru, wanita dibolehkan memakai jam tangan emas sebagaimana mereka dibenarkan memakai gelang, rantai atau cincin emas.

Kesimpulannya, wanita tidak perlu ragu untuk memakai jam tangan emas kerana ia dibenarkan dalam Islam selagi digunakan sebagai perhiasan dan bukan termasuk dalam kategori bekas atau perkakas yang diharamkan.

Baca juga: Jadual Puasa Sunat Zulhijjah 2026 (1447H), Tarikh Penting Termasuk Hari Arafah & Hari Dilarang Puasa

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×