Hari Raya Aidilfitri memang sinonim dengan tradisi memberi duit raya, tetapi tahun-tahun kebelakangan ini, isu jumlah yang diberi sering menjadi perbualan hangat, terutama apabila ekonomi semakin mencabar.
Ada yang berpendapat jumlah RM3 terlalu kecil, manakala sesetengah orang pula menekankan bahawa duit raya bukan soal nilai semata-mata, tetapi niat dan keikhlasan.
Baca juga: 5 Tempat Simpan Duit Raya Anak, Berbaloi Untuk Masa Depan!
RM3 UNTUK DUIT RAYA? INI REAKSI NETIZEN

Foto: Threads @itsyaboiseannn
Baru-baru ini, satu hantaran di laman Threads menjadi tular apabila seorang netizen menulis:
“RM3 for duit raya?? In this economy??”
Tentu sahaja, komen ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain. Ada yang memberi perspektif realistik, ada juga yang menekankan konsep bersyukur.
Pemberian duit ini bukan kewajiban

Foto: Threads @artyfauzy
Seorang netizen mengingatkan bahawa memberi duit raya sebenarnya adalah pilihan, bukan kewajiban. Menurutnya, pemberi mempunyai tiga pilihan seperti di atas.
Penerima pula hanya perlu menerima pemberian itu dengan redha dan menghargai niat baik pemberi. Komen ini menekankan bahawa duit raya adalah tanda kesopanan dan kemurahan hati, bukan sesuatu yang wajib dan menekan.
Bersyukur itu penting

Foto: Threads @norashila_ibrahim
Komen dari seorang netizen ini jelaskan perbezaan persepsi antara pemberi dan penerima. RM3 mungkin nampak kecil bagi penerima, tapi bagi pemberi jumlah itu sudah cukup atau besar.
Pesanannya, yang penting adalah niat dan konteks pemberi, bukan nilai wang. Penerima sepatutnya bersyukur dan menghargai pemberian.
Beri duit raya dari keikhlasan, bukan tekanan sosial

Foto: Threads @sheer.adha
Netizen ini pula menekankan tentang keikhlasan dalam memberi duit raya. Ia bukan sesuatu yang perlu dipaksa kerana norma sosial.
Memberi mengikut kemampuan sendiri lebih penting daripada cuba menunjuk dermawan dan menanggung beban kewangan. Pesanannya jelas, jangan biarkan duit raya menyebabkan stres, niat yang baik lebih penting.
Ini bukan kewajiban

Foto: Threads @gyeoulaein
Komen ini menegaskan bahawa duit raya bukan sesuatu yang wajib diberikan, jadi penerima tidak sepatutnya mengeluh atau merungut jika jumlahnya sedikit atau langsung tidak diberi.
Duit raya adalah tanda kemurahan hati dan niat baik, bukan sesuatu yang boleh dipaksa atau dijadikan alasan untuk tidak bersyukur. Penerima seharusnya menghargai niat pemberi, walaupun jumlahnya kecil.
Tiada jumlah minimum

Foto: Threads @muhd_firaz
Komen ini pula menegaskan bahawa tiada jumlah minimum untuk duit raya. Apa sahaja yang diberi adalah sah dan diterima, yang penting adalah niat pemberi.
Duit raya bukan tentang angka, tetapi tentang keikhlasan, kegembiraan, dan semangat Hari Raya itu sendiri.
Kesimpulannya, isu RM3 untuk duit raya bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan. Dalam ekonomi sekarang, pemberi perlu menyesuaikan jumlah duit raya mengikut kemampuan diri, dan penerima sepatutnya menerima dengan bersyukur.
Yang lebih penting adalah keikhlasan, niat, dan semangat Hari Raya itu sendiri. Sama ada RM3 atau RM30, yang utama hati gembira, penerima menghargai, dan suasana raya tetap meriah.
Sumber: Threads @itsyaboiseannn
FT Images: Gemini AI
