Euforia Bola 2026
Sihat

Lepas Raya Tiba-Tiba Rasa Sunyi? Ini Penjelasan Pakar Psikologi Tentang “Post-Festive Blues”

menyambut hari raya

Lepas menyambut Hari Raya, ramai yang tiba-tiba rasa kosong, lesu dan susah nak kembali ke rutin harian. Dari suasana meriah, penuh gelak tawa, ziarah-menziarahi dan aktiviti tanpa henti, terus bertukar kepada hari-hari biasa yang lebih sunyi dan teratur.

Perubahan yang mendadak ini bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi turut memberi kesan kepada emosi dan mental.

Baca juga: Trend Raya Sebulan Jadi Persoalan, Boleh Ke Sambut Aidilfitri Lama-Lama? Mufti Jelaskan…

SUNYI SELEPAS MENYAMBUT HARI RAYA? INI PENJELASAN PSIKOLOGI “POST-FESTIVE BLUES”

menyambut hari raya

Foto: Gemini AI

Fenomena ini dikenali sebagai post-festive blues, iaitu keadaan emosi sementara yang berlaku selepas tamatnya tempoh perayaan.

Ia bukan penyakit, tetapi satu reaksi normal apabila badan dan minda perlu menyesuaikan diri semula dengan rutin asal selepas melalui fasa yang sangat aktif dan penuh stimulasi sosial.

Semasa Ramadan dan Syawal, kita melalui satu fasa yang mempunyai tujuan jelas setiap hari iaitu berpuasa, beribadah, membuat persiapan raya, dan akhirnya meraikan bersama keluarga.

Aktiviti ini mewujudkan rasa “purpose” yang kuat dalam kehidupan seharian.

Namun, apabila semuanya berakhir, rutin kembali kepada keadaan biasa tanpa elemen keterujaan yang sama.

Peralihan daripada suasana yang sangat bermakna kepada keadaan yang  boleh menyebabkan otak mengalami “emotional drop”, lalu tercetus rasa kosong atau hampa.

Keletihan Mental dan Fizikal

Musim perayaan sering melibatkan jadual yang padat seperti balik kampung, perjalanan jauh, melayan tetamu, dan pelbagai komitmen sosial. Semua ini boleh menyebabkan keletihan yang terkumpul tanpa disedari.

Apabila badan dan minda tidak cukup rehat, tahap tenaga menurun dan emosi menjadi lebih sensitif. Ini menjelaskan kenapa selepas Raya, sesetengah individu rasa malas, kurang motivasi dan sukar untuk fokus.

Kehilangan Interaksi Sosial

menyambut hari raya

Foto: Gemini AI

Salah satu elemen paling besar semasa Raya ialah interaksi sosial yang tinggi. Bertemu keluarga besar, saudara-mara dan rakan-rakan memberikan sokongan emosi yang kuat serta rasa kebersamaan.

Apabila kembali ke kehidupan harian, interaksi ini berkurang secara drastik. Perubahan ini boleh mencetuskan rasa sunyi kerana kita secara semula jadi bergantung kepada hubungan sosial untuk kestabilan emosi.

Realiti Kehidupan Kembali Normal Selepas Menyambut Hari Raya

Selepas perayaan, tanggungjawab kembali menunggu seperti kerja, pelajaran, komitmen harian dan pelbagai urusan lain. Kontras antara “mode raya” dan “mode realiti” ini boleh terasa berat, terutama apabila minda masih berada dalam fasa santai dan gembira.

Pada ketika ini, ramai individu mengalami konflik dalaman antara keinginan untuk terus berehat dan keperluan untuk kembali produktif.

Faktor Neurokimia (Hormon Emosi)

Semasa perayaan, aktiviti sosial dan pengalaman menyeronokkan boleh meningkatkan hormon seperti dopamin dan serotonin yang berkait dengan rasa bahagia. Apabila rangsangan ini berkurang, tahap hormon turut menurun, menyebabkan rasa kurang bersemangat atau sedikit murung.

Cara Mengatasi ‘Post-Festive Blues’

Antara langkah untuk yang boleh membantu untuk menangani post-festive blues ialah:

    1. Kembali kepada rutin secara berperingkat
      Tidak perlu terus produktif 100%. Mulakan dengan rutin kecil seperti bangun awal, mengemas ruang, dan menyelesaikan tugas ringan untuk bantu stabilkan semula minda.
    2. Kawal penggunaan media sosial
      Elakkan terlalu kerap melihat kandungan berkaitan Raya yang boleh mencetuskan rasa rindu atau perbandingan sosial.
    3. Fokus kepada perkara yang boleh dikawal
      Walaupun masa tidak boleh diubah, cara kita mengurus masa dan diri sendiri masih dalam kawalan kita.
    4. Jaga keseimbangan rehat dan aktiviti
      Tidur yang cukup, pemakanan yang baik dan aktiviti fizikal ringan membantu memulihkan tenaga.
    5. Kekalkan hubungan sosial
      Walaupun perayaan sudah berakhir, teruskan berhubung dengan keluarga dan rakan melalui komunikasi ringkas untuk mengekalkan sokongan emosi.
    6. Beri masa kepada diri sendiri
      Proses adaptasi memerlukan masa. Tidak semua orang akan kembali normal dengan kadar yang sama, dan itu adalah perkara yang normal.

Perasaan sunyi selepas raya merupakan reaksi psikologi yang normal akibat perubahan rutin, keletihan emosi serta penurunan interaksi sosial.

Dengan memahami punca di sebalik post-festive blues dan mengurusnya secara beransur-ansur, individu dapat kembali kepada kehidupan harian dengan lebih seimbang dan stabil dari segi emosi.

Baca juga: Selain Perarakan Berkuda, Adu Telur Pun Ada! Ini 10 Tradisi Unik Masyarakat Muslim Dunia Sambut Aidilfitri

Sumber: Threads @sya_irdinna

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×