Takut kahwin? Rasa ragu-ragu untuk membina rumah tangga kerana terlalu banyak kisah perkahwinan yang menakutkan di media sosial? Anda bukan seorang.
Ramai anak muda hari ini berkongsi perasaan yang sama iaitu bimbang tersilap pilih pasangan, takut diuji dengan kesakitan emosi atau terperangkap dalam hubungan toksik.
Baca juga: Tumor Otak Ragut Ceria Hidup Mia Orked Usia 17, Kini Hanya Mampu Gerakkan Anak Mata!
NASIHAT DARI AKAK UNTUK INDIVIDU TAKUT KAHWIN

Gambar Fatihah Sidek
Namun, seorang wanita yang menggelarkan dirinya kakak tampil berkongsi panduan dan pesanan penuh hikmah buat adik-adik yang mula mempersoalkan erti dan tujuan sebenar perkahwinan.
Daripada pentingnya bersangka baik hingga menyedari bahawa perkahwinan adalah satu proses menuntut ilmu dan usaha berterusan, setiap poin yang dikongsikan adalah peringatan lembut yang membina keyakinan dan harapan.
Baca juga: Luka Pembedahan Masih Baru, Jangan Gelojoh Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasan Doktor
Takut nak kawin? Sebab banyak sangat kisah rumah tangga menakutkan sekarang? Ini kata-kata akak untuk adik-adik yang rasa tak nak kahwin sebab takut dapat pasangan menakutkan.
1. Bersangka baik
Allah beri apa yang kita sangka. Jadi, sentiasa bersangka baik dan jangan bersangka-sangka.
2. Pasangan cerminan diri
Pasangan kita adalah cerminan kita. Jika kita sentiasa perbaiki diri, begitu juga pasangan.
Cerminan di sini lebih kepada metafora. Dalam surah An Nur ada sebut tentang wanita yang keji adalah untuk lelaki keji. Begitu juga sebaliknya.
Bukanlah bermaksud sama level secara moral. Tapi tafsiran ulama adalah lebih kepada pembelaan ke atas Aisyah RA yang kena fitnah. Allah SWT sahaja yang tahu penilaian hati seseorang. Bukan manusia.
Cuma dalam Islam menekankan untuk kita pilih pasangan. Pilih yang membawa kepada kebaikan. Dan kita sendiri perlu jadi pasangan yang baik sebab kita akan saling mempengaruhi.
Tapi taklah bermaksud kalau pasangan itu kasar, kita pun kasar. Kalau pasangan lemah iman, maka kita pun lemah iman. Bukan. Sebab setiap manusia ujiannya berbeza.
Jadi, memamng tak ada istilah macam itu dalam Islam tapi itu lebih kepada metafora yang kita dan pasangan akan saling memberi kesan kepada antara satu sama lain.
3. Ramai individu yang baik
Ramai sahaja pasangan baik, penyayang dan bertanggungjawab dekat luar sana. Jangan takut.
4. Jangan mengharap dekat pasangan sahaja baik
Selain berharap mendapatkan pasangan yang baik, anda juga perlu menyiapkan diri untuk menjadi yang terbaik.
Tanya kepada diri juga, apa benda terbaik boleh beri kepada pasangan.
Baca juga: Ciri-Ciri Lelaki Tinggi Kecerdasan Emosi Paling Diburu Wanita, ‘Type’ Lelaki Ini Jadi Jodoh Idaman!
5. Perkahwinan juga proses mencari ilmu berterusan
Sepertimana kehidupan, perkahwinan juga adalah proses yang berterusan. Kena cari ilmu dan disuburi pula dengan amal.
6. Jangan banyak sangat toleh kiri kanan
Pasangan kita takkan sama dengan pasangan orang. Kemampuan pasangan kita tak akan sama dengan pasangan orang.
Love language pasangan kita juga tak akan sama dengan pasangan orang. Fokus.
7. Again, ilmu
- Dengan ilmu, kita akan faham banyak benda.
- Dengan ilmu, kita boleh kenal pasangan dengan lebih baik.
- Dengan ilmu, kita pandai nak meletakkan emosi.
- Dengan ilmu, kita boleh menambah baik diri dan juga pasangan.
8. Jangan letak manusia sebelum Allah SWT
Tuhan pemegang hati. Tuhan sahaja mampu mengubah setiap perkara.
Tuhan juga yang berkehendak pengakhiran kita macam mana. Kita cuma watak dalam sebuah cerita yang sudah sedia skrip dan jalan cerita.
Sumber: Facebook Fatihah Sidek
FT Image: Nadzirah
