Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tak Sangka Suami Pernah Sambut Kelahiran 6 Anak Lebih Pilih Penyondol, Tahajud & Doa Buat Wanita Ini Bangkit!

ibu 7 anak

“Aku sendiri tak sangka tangan lelaki yang sambut enam anak dari tujuh anak kami akan curang.” Itulah luahan penuh sebak seorang ibu 7 anak, Mie Farah, dalam perkongsiannya di Facebook baru-baru ini.

Hidupnya yang dulu berpaksikan keluarga kini berubah sekelip mata, namun dari setiap luka itu, lahirnya kekuatan luar biasa seorang wanita.

Baca juga: Gara-Gara Isteri Merajuk Tak Buka Pintu, Suami Tertidur Dalam Kereta Sampai Meninggal Dunia

IBU 7 ANAK BANGKIT DENGAN TAHAJUD & DOA SELEPAS SUAMI PILIH PENYONDOL

ibu 7 anak

Gambar Mie Farah.

Bila melalui fasa perpisahan, katanya, terasa seolah-olah “patah kaki”.

Dia tidak pandai memandu, segalanya terasa terbatas, namun Allah gantikan dengan bantuan orang sekeliling yang baik hati. Dari pekerja bengkel, jiran, hingga ke komuniti di kawasan rumah baharunya.

“Masya-Allah, rumah kali ini Allah kurniakan yang mudah segalanya,” tulisnya dengan rasa syukur.

Namun perjalanan itu bukan tanpa air mata.

Demi mempertahankan rumah tangga, dia pernah menerima poligami, bahkan menjaga wanita yang menjadi orang ketiga hingga membawa perempuan itu ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.

“Aku hanya senyum sinis melihat anak dalam perut perempuan lain,” tulisnya.

Tapi saat suami mengaku curang dan meninggalkannya, segalanya runtuh. Mie Farah menceritakan bagaimana dirinya diceraikan, dipukul dan diusir, sebelum akhirnya membawa diri bersama anak-anak.

“Syukur Allah jauhkan aku dari semua itu. Sekarang segala benda yang aku cipta, aku ambil semula yang penting anak-anak bersama aku,” katanya.

Meski pernah dihina pemalas dan tidak berguna, dia tetap tenang. Dia tahu siapa dirinya, seorang ibu yang membesarkan tujuh anak dengan penuh kasih, tanpa bergantung pada lelaki yang menzaliminya.

“Aku dah dapat apa yang aku nak. Anak-anak semua dengan aku. Itu saja yang penting.”

Kini, setiap pagi Mie Farah memulakan hari dengan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah”, tanda dia tidak lagi menoleh ke belakang. Baginya, luka lalu bukan beban, tapi asbab untuk menjadi lebih kuat, lebih tenang dan lebih dekat dengan Tuhan.

Baca juga: “Untuk Siapa Lagi Saya Nak Cari Duit,” Suami Hiba Isteri Dah Tiada & Wakafkan Harta RM60,380 Tanda Cinta Abadi

Dan di penghujung tulisannya, Mie Farah menitipkan nasihat buat semua wanita bergelar isteri.

“Buat semua isteri di luar sana, tahajudlah, perbaikilah ibadahmu. Mahalkan dirimu. Bila kamu mahal, maka kamu akan didekatkan dengan orang-orang yang mahal, termasuk sahabat-sahabat yang bijak dan berhati mulia.

“Letakkan ibadahmu 70% dan kerjamu 30%. Jangan mula dengan penceraian, istikharahlah. Cara terbaik mengubah seseorang ialah dengan mengubah diri kita terlebih dahulu.

“Saya tahu ramai yang pertahankan rumah tangga sebaik mungkin walau hati sakit. Buat yang sedang bertahan, syurga menantimu. Beruntunglah kamu menjadi isteri, kerana setiap amalanmu di rumah adalah ladang pahala yang sangat besar.”

Baca juga: Tengok Muka Menyampah Tapi Bila Jauh Rindu Pula…Ini 6 Cara Elak Hasutan Jin Dasim Penghasut Rumah Tangga

Sumber: Mie Farah

FT Image: Mie Farah / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×