Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Fenomena ‘Lavender Marriage’ Semakin Menular Di Malaysia: Wanita Jadi Mangsa Suami Nafsu Songsang Tanpa Sedar?

lavender marriage malaysia

Istilah Lavender Marriage merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bernafsu songsang dengan tujuan menyembunyikan identiti sebenar mereka atau melindungi diri daripada stigma sosial. Konsep ini bukan sekadar teori kerana Lavender Marriage Malaysia semakin mendapat perhatian.

Ya, sememangnya anda perlu risau kerana inilah punca boleh berlaku pelbagai jenis penyakit berkaitan seksual terutamanya kepada wanita yang tidak bersalah!

Baca juga: “Rupanya Saya Yang Dimadukan”– Lelaki Terkejut Isteri Masih Sah Milik Suami Lain, Patutlah Elak Tinggal Sebumbung!

Trend Lavender Marriage Malaysia Meningkat – Pakar Perubatan

lavender marriage malaysia

Foto hiasan: Freepik

Baru-baru ini, Dr Aishah Abas, seorang pakar perubatan, berkongsi bahawa fenomena Lavender Marriage semakin meningkat di negara kita. Menurut beliau, situasi ini biasanya berlaku dalam dua bentuk iaitu:

1. Wanita tidak tahu, menjadi mangsa penipuan

Terdapat kes di mana wanita berkahwin tanpa mengetahui bahawa suami mereka mempunyai orientasi songsang. Dalam situasi ini, wanita secara literal menjadi mangsa kerana tidak mempunyai pilihan sedari awal.

2. Wanita tahu, tapi memilih untuk teruskan perkahwinan

Dalam kes lain, ada wanita yang sedar mengenai orientasi suami mereka sejak awal, tetapi tetap meneruskan perkahwinan atas pelbagai alasan, mungkin kerana faktor sosial, kewangan, atau emosi.

Namun, Dr Aishah menegaskan bahawa Lavender Marriage boleh membawa risiko kesihatan yang serius, terutama kepada wanita. Hal ini kerana, suami yang aktif melakukan hubungan seks dengan lelaki lain berpotensi menyebarkan penyakit kelamin seperti HIV atau STD kepada isteri. Situasi ini lebih kritikal jika wanita sedang mengandung kerana jangkitan boleh menular kepada bayi dalam kandungan.

“Wanita perlu berhati-hati dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda yang mencurigakan dalam perkahwinan,” tegas Dr Aishah.

Menurutnya lagi, ramai dalam lingkungan usia 20-39 tahun dan golongan profesional menjadi antara mereka yang terjebak dalam perkahwinan sebegini.

Kes Penceraian Semakin Meningkat

lavender marriage malaysia

Foto: freepik

Bukan hanya dari sudut kesihatan, fenomena ini juga memberi impak besar terhadap rumah tangga. Seorang peguam dikenali sebagai Mrs Amalina di ruangan komen turut berkongsi bahawa banyak kes Lavender Marriage berakhir di mahkamah, dengan isteri baru menyedari identiti sebenar suami mereka selepas beberapa tahun.

Bagi sesetengah orang, konsep ini mungkin mengejutkan kerana jarang dibincangkan secara terbuka. Namun realitinya, Lavender Marriage kini bukan sekadar mitos kerana ia semakin nyata di Malaysia.

Buat wanita di luar sana yang sudah mengenali jejaka atau masih dalam proses mencari, penelitian secara mendalam perlu dilakukan. Biarlah orang cakap kita memilih, asalkan kehidupan terjaga…

@draishah_abasTrend lavender marriage dah masuk malaysia

♬ suara asli – musik tenang – instrumen sedih

Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

Sumber: Tiktok @draishah_abas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×