Euforia Bola 2026
Nur

“Umi Pakai Baju Putih”- Anak Ardell Aryana Mimpi Syurga Indah, Ini Tafsiran Dalam Islam Buat Ramai Sebak

mimpi syurga

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi sebuah pengalaman yang menyentuh hati apabila anak sulungnya, Arwan Malaikha Urwa, menceritakan bahawa dia mimpi syurga nan indah.

Mimpi yang diidami umat Islam itu berlaku sehari sebelum dia berangkat menyertai misi kemanusiaan ke luar negara dalam misi Global Sumud Flotilla.

Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

PERNAH MIMPI SYURGA MACAM ANAK ARDELL ARYANA? INI MAKSUDNYA

mimpi syurga

Dalam satu potongan siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35 tahun, berkata anaknya yang baru berusia lima tahun itu buat pertama kali bermimpi tentang syurga.

Menurut Ardell, mimpi itu cukup menyentuh perasaan kerana bukan sahaja menggambarkan keindahan syurga, malah turut menampilkan dirinya bersama anak tersayang dalam keadaan serba putih.

“Malam sebelum saya belayar, tiba-tiba Urwa cakap, ‘Umi, Urwa mimpi indah. Kali pertama Urwa mimpi indah. Urwa mimpi syurga.’ Saya tanya, syurga? Cantik tak? Dia jawab, ‘Umi ada, umi pakai baju putih. Umi cantik sangat’,” cerita Ardell dengan nada sebak.

Ardell menambah, apa yang lebih membuatkan hatinya terharu ialah apabila anak kecil itu menyebut pesanan daripada Allah.

“Urwa kata, Allah pesan jangan lawan cakap umi. Kena sayang umi,” ujarnya yang jarang sekali mengenakan pakaian berwarna putih.

Bagi Ardell, kata-kata itu menjadi penguat semangat dan sumber ketenangan untuk dirinya yang bakal meninggalkan keluarga demi tugasan misi kemanusiaan.

MIMPI YANG BAIK, MAKSUD TENANG

mimpi syurga

Foto Ardell bersama suami dan anak-anak.

Dalam Islam, mimpi syurga dianggap sebagai antara mimpi yang baik (ru’yah salihah) dan membawa maksud yang menenangkan. Ulama menjelaskan bahawa mimpi tentang syurga boleh menjadi tanda:

  1. Ketenangan jiwa – Allah memberi gambaran indah untuk menenangkan hati seseorang yang sedang gelisah atau menghadapi cabaran.
  2. Isyarat kebaikan – mimpi ini boleh menjadi khabar gembira tentang amal soleh yang Allah terima.
  3. Peringatan – agar seseorang terus mendekatkan diri kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa, dan menjauhi perkara yang dilarang.

Rasulullah SAW juga pernah menyebut bahawa mimpi baik adalah daripada Allah, manakala mimpi buruk datangnya daripada syaitan. Maka, apabila seseorang bermimpi syurga, ia sewajarnya menjadi doa dan pengharapan agar benar-benar ditempatkan dalam kalangan ahli syurga kelak. Wallahualam…

Baca juga: Syukur! Rantai Emas Hilang Bernilai RM600 ‘Dipulangkan’ Semula Selepas Ikhtiar Baca 7 Doa Ini

Sumber: Thread, Bincang Syariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×