Suami Ardell Aryana, Nadzmi Adwa menyentuh hati ramai apabila berkongsi momen perpisahan penuh emosi sebelum isterinya berangkat ke Gaza.
Pelakon dan aktivis kemanusiaan ITU nekad menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Baca juga: Sebak! Ibu Diserang Strok Di Madinah Ketika Umrah, Anak Rayu Bantuan RM200,000 Untuk Bawa Pulang
SUAMI ARDELL ARYANA DOAKAN ISTERI, ANAK-ANAK MENANGIS

Ardell dilaporkan telah berlepas semalam bersama rakan aktivisnya, Haroq. Momen perpisahan di lapangan terbang turut mengundang emosi apabila dia diiringi suami tercinta, anak-anak serta ahli keluarga lain yang hadir memberikan sokongan dan doa.
Menerusi perkongsian di media sosial, Nadzmi meluahkan rasa reda dengan keputusan isterinya untuk kembali menyertai misi kemanusiaan itu walaupun berat untuk melepaskan.
Dia turut menitipkan doa agar perjalanan Ardell dipermudahkan dan segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan.
“Saya dan anak anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza kali ini. Luruskan niat awak.
“Kami sentiasa mendoakan awak. Semoga Allah redha dengan usaha awak membantu ummah dan Semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat. Goodluck isteri, teman gaduh, bestfriend and soul mate @ardellaryana,” tulisnya.
Dalam masa sama, Nadzmi berharap agar misi kali ini membuka peluang buat Ardell menjejakkan kaki ke Gaza dan menyampaikan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan.
Sokongan penuh daripada keluarga dilihat menjadi sumber kekuatan buat Ardell untuk terus istiqamah dalam kerja-kerja kemanusiaan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu.

Selain Ardell, beberapa figura terkenal turut serta dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi yang sememangnya aktif dalam aktiviti kebajikan.
Penyertaan golongan selebriti ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap situasi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.
Setakat ini, difahamkan empat kumpulan delegasi dari Malaysia telah berlepas bagi menjayakan misi berkenaan.
Misi Global Sumud Flotilla 2.0 dijadualkan bermula pada 12 April ini dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol dengan matlamat membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Usaha ini diharap dapat memberi sedikit sinar harapan buat rakyat Palestin yang terus berdepan krisis berpanjangan.
View this post on Instagram
Baca juga: Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang ‘Power’!
Sumber: Instagram Nadzmi Adwa
