Euforia Bola 2026
Rakyat

23 Aktivis GSF Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Diiringi Nyanyian ‘Inilah Barisan Kita’ & Laungan Takbir!

aktivis malaysia

Selepas menempuh perjalanan penuh cabaran demi membawa suara kemanusiaan ke bumi bergolak Gaza, pesawat Emirates yang membawa kesemua 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air pada jam sekitar jam 10.07 malam.

Momen istimewa ini disambut oleh ribuan rakyat Malaysia yang telah menunggu di KLIA 1 sejak siang tadi diiringi dengan laungan takbir serta nyanyian lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’. Alhamdulillah!

Baca juga: TERBONGKAR! Penemuan Dokumen Lama Kerajaan, Pasport Usia 80 Tahun Buktikan Palest*n Wujud Sebelum 1948

SYUKUR! 23 AKTIVIS MALAYSIA MISI GSF SELAMAT TIBA DI TANAH AIR

aktivis malaysia

Foto: Live AWANI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, menerusi satu hantaran penuh syahdu di Facebook, beliau juga memaklumkan bahawa pada malam esok, Rabu, kita akan bersolidariti sekali lagi di Axiata Arena jam 6 petang.

“Ya, hari ini 7 Oktober menandakan dua tahun pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin. Ini bukan tentang kami, ini tentang mereka. Kami hanya membawa semangat dan suara agar umat terus peduli dan bertindak,” tulisnya.

Kata-kata itu menggambarkan betapa besar makna perjuangan mereka bukan sekadar pelayaran ke perairan Gaza, tetapi misi hati dan kemanusiaan yang melangkaui sempadan bangsa dan agama.

Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara Bersama Palestin itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan akan menampilkan perkongsian eksklusif daripada para sukarelawan yang baru pulang dari misi bersejarah tersebut.

Himpunan ini dijangka menjadi gelombang kebangkitan solidariti rakyat Malaysia, yang bukan hanya menyambut kepulangan wira-wira GSF, tetapi juga meneruskan perjuangan suara untuk Palestin.

aktivis malaysia

Suasana di KLIA.

Foto keluarga yang menunggu.

Nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran misi kemanusiaan itu dan telah selamat tiba di Malaysia adalah:

1. Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah (kapal Hio)

2. Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu)

3. Zizi Kirana (kapal Huga)

4. Musa Nuwayri, Iylia Balqis, dan Sul Aidil (kapal Alma)

5. Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin, dan Rusydi Ramli (kapal Sirius)

6. Razali Awang (kapal Inana)

7. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) (kapal Mikeno)

8. PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella)

9. Zainal Rashid Ahmad dan Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady)

10. Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Luqman Zulkefli, dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy)

aktivis malaysia

Kepulangan mereka malam ini bukan sekadar penamat misi, tetapi permulaan kepada seruan yang lebih besar agar rakyat Malaysia terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin. Terima kasih wira-wira kita dan buat lagi 9 wira yang berada di zon kuning, teruskan berjuang!

Baca juga: “Saya Dilahirkan Semula”- Aktivis Itali Cerita Detik Peluk Islam Dalam Tahanan Lepas Lihat Rakan Dihalang Solat

Sumber: RTM, AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×