Euforia Bola 2026
Nur

Setiap Kali Pergi 5 Tempat Ini, Ramai Mengadu Badan Jadi Letih Luar Biasa – Ustaz Nasihat “Hati-Hati..”

Pernah tak apabila anda balik daripada berjalan atau singgah di sesuatu tempat, tiba-tiba badan letih dan lesu luar biasa tanpa sebab yang jelas?

Menurut perkongsian Ustaz Man, Perawat dari Pusat Rawatan Nur Zikir, ada beberapa lokasi yang berisiko membuatkan badan kita cepat penat, kerana tempat itu mungkin ‘dihuni’ oleh makhluk lain. Alamak!

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

BILA PULANG DARI 5 LOKASI INI MESTI BADAN LETIH DAN LESU LAIN MACAM, INI SEBABNYA…

Dalam satu video yang tular di TikTok, Ustaz Man menyenaraikan lima tempat yang perlu kita berhati-hati sebelum masuk, termasuk amalan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri.

badan letih dan lesu

Foto: freepik

1. Kawasan Hutan

Hutan sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tetapi Ustaz Man menegaskan bahawa kawasan ini juga boleh menimbulkan rasa penat yang luar biasa jika kita tidak menjaga adab. “Kalau masuk hutan, baca Bismillahirrahmanirrahim tiga kali sebelum mula berjalan,” nasihatnya.

2. Air Terjun atau Kawasan Paya Bakau

Selain hutan, kawasan berair seperti air terjun atau payau juga termasuk lokasi berisiko. Menurut Ustaz Man, kawasan ini sering menjadi tempat “tumpangan” makhluk lain, jadi pastikan hati dan niat bersih sebelum memasuki lokasi ini.

3. Tanah Perkuburan

Walaupun tanah perkuburan adalah tempat yang tenang, Ustaz Man menekankan bahawa kita perlu menjaga adab ketika berada di sini. Jangan bercakap besar, jangan bergurau kasar, dan sentiasa membaca doa sebagai pelindung diri.

4. Kawasan Laut

Pantai atau kawasan laut juga tidak terkecuali. Badan boleh cepat letih jika kita tidak berhati-hati. Ustaz Man menasihatkan untuk selalu bersikap sopan, menjaga pertuturan, dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan aktiviti.

5. Rumah Lama atau Rumah Peninggalan

Ramai orang terlepas pandang rumah lama atau rumah peninggalan, namun tempat ini berpotensi untuk memberi kesan kepada tenaga badan. Sama seperti lokasi lain, membaca Bismillahirrahmanirrahim dan menjaga adab amat penting.

Tip Tambahan Dari Ustaz Man

1. Sentiasa baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak tiga kali sebelum memasuki mana-mana kawasan berisiko.

2. Jaga adab, pertuturan, dan kata-kata sepanjang berada di tempat tersebut.

3. Elakkan daripada bercakap besar atau menunjuk-nunjuk.

4. Jika badan rasa tidak selesa, boleh gunakan wangian bidara atau Kasturi Kijang untuk mengelakkan gangguan.

badan letih dan lesu

Foto: freepik

Ustaz Man berkongsi bahawa beliau sendiri pernah mengalami badan lemah selepas berada di lokasi-lokasi tersebut, jadi bukan sekadar teori. Jadi, sebelum anda merancang untuk berjalan atau menjelajah tempat-tempat baru, amalkan langkah-langkah ini agar perjalanan lebih selamat dan badan sentiasa segar.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Tiktok @UstazMan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×