Hanya individu yang ada masalah gastrik sahaja faham bagaimana sukar kehidupan sehariannya, jika tersilap makan. Berikut dikongsikan makanan untuk orang gastrik yang sesuai diambil agar dapat mengurangkan rasa tidak selesa.
Baca juga: Tercucuk & Berdarah Sikit Masa Siang Udang, Nyawa Lelaki Ini Hampir Melayang!
MAKANAN UNTUK ORANG GASTRIK

Gambar: PHM
Melalui perkongsian Public Health Malaysia (PHM), mereka yang mempunyai gastrik dan salah mengambil makanan boleh mengalami gejala seperti sakit perut, pedih hulu hati, kembung dan loya.
Justeru itu, 7 jenis makanan yang disenaraikan ini sesuai diambil untuk membantu dan mengelakkan gastrik. Jom lihat senarai di bawah. Moga bermanfaat!
1. Pisang
Buah pisang bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid perut, mengurangkan keradangan. Di mana, ia mengurangkan keasidan perut dan melindungi lapisan perut.
Bagi mengelakkan GERD selepas makan pisang, pilih pisang yang masak sederhana iaitu yang tidak terlalu hijau atau terlalu masak. Makan dengan perlahan dan elakkan makan bersama makanan berat atau berlemak.
Baca juga: Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu!
2. Oat
Kaya dengan serat larut yang membantu melancarkan pencernaan dan mengurangkan risiko refluks asid. Di mana, serat membantu menyerap asid perut yang berlebihan.
Selain itu, cara mengurangkan kembung daripada oat adalah mulakan dengan perlahan, perut mungkin tidak biasa dengan makanan high fiber. Jika anda sensitif kepada gluten, pastikan memilih oat yang disahkan bebas gluten.
3. Halia
Halia mempunyai sifat anti-radang yang dapat membantu melegakan keradangan perut dan mengurangkan loya serta kembung.
4. Yogurt
Yogurt mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan boleh membantu mengimbangkan bakteria baik dalam perut.
Baca juga: Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!
5. Almond

Gambar: jcomp
Almond kaya dengan protein dan lemak baik yang boleh membantu meneutralkan asid perut dan melegakan simptom gastrik.
6. Teh Chamomile
Teh Chamomile boleh membantu melegakan perut dan mengurangkan keradangan dengan menenangkan sistem pencernaan.
7. Air kelapa
Air kelapa adalah bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid perut. Selain mengurangkan simptom gastrik, ia juga memberi hidrasi pada tubuh.
Baca juga: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: belmarrahealth / fitia
