Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang pada awalnya mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor kerana sakit gastrik, akhirnya membuka kisah gelap yang mengejutkan ramai.
Kisahnya yang mengejutkan itu adalah dirinya telah menjadi mangsa rogol oleh bapa kandung sendiri!
Baca juga: “Kurang Ajar!”- Tak Puas Hati Ditegur Ponteng PJ, Pelajar Tingkatan 2 Tumbuk Muka Cikgu!
NAK PERGI ‘CHECK’ SAKIT GASTRIK, RUPANYA TERBONGKAR DIROGOL BAPA

Foto hiasan.
Pendedahan mengejutkan itu tercetus selepas sesi temubual awal bersama doktor yang merawatnya pada jam 6 petang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin memaklumkan bahawa pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada jam 5.07 petang, Isnin.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa memaklumkan bahawa dia telah dirogol oleh ayah kandungnya yang berusia 51 tahun. Pengakuan itu dibuat secara terus kepada doktor ketika sesi pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menahan suspek di kawasan Bestari Jaya sekitar jam 10.15 malam, hari sama.
Difahamkan, suspek berusia 51 tahun yang bekerja sebagai tukang urut dan masih berstatus suami orang, kini direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga 5 Ogos bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram, satu kesalahan berat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Foto: freepik
*Sangat merisaukan dan tidak sangka bapa kandung sendiri sanggup memperlakukan anaknya sebegitu!
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
Sumber: Utusan Malaysia
