Menerusi laman TikTok milik seorang ibu bernama Myra Ali, dia ada kongsikan kisah mengenai anak lelakinya yang mengalami perut kembung selepas makan roti.
Menurut perkongsian itu, keadaan anaknya bertambah serius apabila muntah berulang kali dan perut menjadi keras, sehingga memerlukan pemeriksaan di hospital.
Baca juga: Ibu-Ibu Jangan Biarkan Anak Nampak Aurat Di Rumah, Dalam Islam Ada Jelaskan Sebabnya…
IBU DAKWA ANAK PERUT KEMBUNG LEPAS MAKAN ROTI, BENGKAK

Pada pagi 29 Oktober, guru Aidan memaklumkan bahawa dia muntah dua kali di sekolah. Tanpa berlengah, si ibu terus memecut ke sekolah untuk mengambilnya.
“Guru memberitahu Aidan belum makan apa-apa, jadi saya beri susu untuk mengelakkan dia lapar. Dalam perjalanan pulang, Aidan muntah lagi banyak susu dalam kereta. Kami terus membawa Aidan ke klinik untuk pemeriksaan awal. Doktor memeriksa Aidan dan memberikan beberapa ubat, kerana awalnya disyaki influenza.
“Namun, doktor menyatakan bahawa Aidan salah makan dan tonsilnya sedikit bengkak. Selepas diberi ubat, muntah Aidan berhenti, tetapi dia mula mengalami cirit-birit dan perut kembung. Tengah hari itu, Aidan menangis mengadu sakit perut dan muntah sekali lagi,” jelasnya.
Tanpa berlengah, ibu terus segera membawa Aidan ke ruang kecemasan kerana perutnya terlalu keras. Di hospital, Aidan muntah beberapa kali dan kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan dan minum.
Keputusan x-ray mendapati bahawa saluran usus Aidan bengkak dan dipenuhi angin sehingga menyebabkan dia muntah setiap kali makan atau minum.

Doktor bercadang kemungkinan menggunakan tube melalui hidung untuk mengeluarkan angin, namun selepas pakar hadir, mereka memutuskan untuk memantau dahulu tanpa prosedur menyakitkan.
“Petang itu perut Aidan terus jadi keras balik, doktor bagi ubat untuk buang air besar pun masih tak berjaya juga. Kentut pun tak juga. Urut dengan minyak angin sahaja yang mampu saya lakukan.
“Masa ni kami tak perasan lagi roti/tepung yang buat kembung Aidan jadi lagi teruk. Perut jadi besar dan keras. Saya risau sangat tapi Alhamdulillah masa tidur, dia ada kentut & cirit. Lega sikit,” luah si ibu.
Keesokan harinya, Aidan makan roti untuk sarapan dan petang itu, perutnya kembali kembung dan keras. Barulah wanita itu sedar bahawa anak lelakinya tidak boleh makan roti atau makanan berasaskan tepung kerana sudah dua kali menyebabkan masalah yang sama.
Pada 6 November, Aidan dibenarkan keluar dari hospital dan mereka telah membuat keputusan untuk mengelakkan roti dan makanan berasaskan tepung buat sementara waktu.
Baca juga: Anak Kalah Pertandingan Mewarna Sebab ‘Terlalu Cantik’, Ibu Kecewa Dituduh Bantu Anak!
Sumber: TikTok
