Euforia Bola 2026
Sihat

Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!

kanser usus

Bermula dengan kembung perut yang dialami sejak lebih setahun lalu, seorang lelaki di Taman Sri Kemuning tidak menyangka ia menjadi petanda bahawa dia menghidap kanser usus tahap dua.

Mohamad Mustaza Abdul Rahman, 35, sudah menjalani pembedahan pada Disember lepas dan kini perlu menggunakan beg stoma selepas disahkan menghidap penyakit tersebut pada November lalu.

Baca juga: Ingatkan Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jangkitan Merebak!

KANSER USUS TAHAP DUA

kanser usus

Gambar Sinar Harian: Mohamad Mustaza disahkan menghidap kanser usus tahap dua sejak November lalu.

Simptom awal kembung perut & turun berat badan

Menurutnya, simptom awal dia mengalami sakit dan kembung perut seakan gastrik selain mengalami penurunan berat badan yang mendadak.

“Sejak disahkan penyakit itu, saya seperti merasa dunia sudah gelap, macam tiada harapan tapi bila mengenangkan isteri dan anak-anak, saya cuba kuatkan diri untuk mengharungi ujian ini.

“Cuma saya rasa bimbang kerana memikirkan tidak dapat bekerja dan buat kerja berat, dulu sebagai merchandiser (pembekal) dan punca pendapatan pun sudah tiada,” kata bapa kepada tiga anak berusia 8,14 dan 16 tahun itu.

Baca juga: AWAS Tanda-Tanda Diabetes Boleh Tengok Pada Kulit, Salah Satunya Muncul Tompok Kering!

Anak sulung 16 tahun bantu buat ‘part time’ 

kanser usus

Gambar Sinar Harian: Mohamad Mustaza menunjukkan bil air dan elektrik yang telah tertinggal beberapa bulan.

Ujarnya, persediaan tiga anaknya untuk menghadapi persekolahan pada Isnin juga terjejas kerana wang simpanan sudah habis dan sumbangan yang diterima sebelum ini banyak digunakan untuk rawatan dan perbelanjaan harian.

Katanya, situasi itu menyebabkan bil elektrik dan air rumahnya sudah tertunggak beberapa bulan.

“Memang ada rasa tertekan dengan situasi ini dan saya bersyukur kerana adik-beradik ada membantu tapi saya tidak boleh bergantung selamanya terhadap mereka.

“Malah anak sulung, Mohd Zafril Zamir,16 memahami kesukaran saya dan bekerja separuh masa di gerai buah sepanjang cuti sekolah ini,” ujarnya yang juga anak yatim.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik itu, setakat ini dia sudah menjalani dua pusingan kemoterapi dan masih berbaki enam lagi pusingan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

“Memang saya berharap cepat sembuh dan untuk sementara waktu sedang mempelajari pembuatan corndog secara sejuk beku untuk berdikari mencari rezeki,” tambahnya.

Baca juga: Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!

Maklumat Mohamad Mustaza untuk pembaca menghulurkan sumbangan

Mohamad Mustaza juga memberitahu, dia telah membuat permohonan bantuan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jelasnya, setakat ini dia ada menerima sumbangan zakat one-off dan dimaklumkan akan menerima bantuan untuk beberapa bulan selain sedang menunggu surat daripada pihak pakar perubatan untuk melengkapkan permohonan kepada PERKESO.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun CIMB (06150077139520) atas nama Mohd Mustaza atau menghubunginya di talian 01125278315.

Baca juga: Badan Kudis Dijangkiti Sporo Kucing Kurap, Dr. Pesan Boleh Cepat Merebak Jika Salah Suntik Ubat!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×