Euforia Bola 2026
Famili

“2 Tahun Tidur Tak Tutup Lampu..” Luahan Lelaki Selepas Bercerai Dengan Isteri Bikin Sebak!

LUAHAN LELAKI

Apabila berlaku perceraian antara pasangan berkahwin, ramai yang beranggapan bahawa hanya isteri sahaja akan bersedih. Persepsi itu sebenarnya salah kerana baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai hati dan perasaan. Hal ini sama seperti perkongsian luahan lelaki di media sosial selepas bercerai dengan isteri.

Rata-rata luahan lelaki di media sosial itu menujukkan keadaan mereka masih lagi tidak stabil walaupun sudah bertahun-tahun. Perkongsian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai.

Baca juga: Sekufu Dalam Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam, Bukan Hanya Pada Harta Sahaja!

LUAHAN LELAKI SELEPAS BERCERAI DENGAN ISTERI, TAK SEMUA GEMBIRA

LUAHAN LELAKI

Luahan lelaki yang dikenali sebagai Jeff, dia menjelaskan bahawa selama dua tahun keadaan dirinya tidak stabil dan setiap sudut pandangan di rumah membuatkan dia teringat kepada akan bekas isteri.

“Dua tahun tidur, tv dan lampu terbuka. Kadang-kadang tak balik rumah, tidur dekat tempat kerja sebab setiap sudut di rumah teringat dekat bekas isteri,” luah salah seorang lelaki di media sosial.

Perkongsian Herzee turut menarik perhatian ramai apabila dia memberitahu bahawa dirinya hampir ‘gila’ selama dua tahun selepas berpisah dengan isteri tersayang.

Dia meluahkan bahawa setiap hari dia akan menunggu ketibaan isterinya pulang dari kerja dan lebih menyedihkan apabila berat badannya turut hilang sebanyak 17kg.

“Saya hampir gila sebab selama dua tahun setiap hari saya tunggu depan pintu untuk sambut bekas isteri balik kerja macam biasa. Rupanua saya dah lupa yang kami dah berpisah. 

“Saya hilang 17kg dalam masa dua minggu selepas bercerai. Saya banyak duduk dekat masjid dan campur dengan masyrakat untuk hilangkan ingatan saya,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut bersimpati apabila membaca beberapa luahan lelaki selepas bercerai dengan isteri. Mereka turut berdoa agar para lelaki tersakiti, dapat menemui jodoh yang bersesuaian suatu hari nanti.

*Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda semua. Terus kuat!

Baca juga: Cara Saman Orang Ketiga Dalam Hubungan, Jangan Biarkan Rumah Tangga Retak!

Sumber: Twitter Local Rkyt

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×