Luahan hati pengguna Threads, Izzyisml mencuri perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila dia meluahkan rasa sedih bersempena hari lahirnya yang disambut tanpa sebarang panggilan daripada ibu dan ayah.
Dalam luahannya, dia mengakui terasa hati apabila tidak menerima sebarang ucapan atau panggilan daripada kedua ibu bapa pada hari istimewa tersebut, sekali gus membuatkan dirinya mempersoalkan kedudukan dirinya dalam keluarga.
Baca juga: Tragedi Berulang! Ibu Gajah Setia Temani Anak Mati Dilanggar Selama 7 Jam, Pilu…
LUAHAN HATI WANITA INI TARIK PERHATIAN TOKTI

“Semalam birthday aku. Harini baru sedar aku tak penting. Satu call dari ibu dan ayah aku tak terima semalam. Mungkin diorang lupa, atau memang aku tak penting setiap tahun macam ni,” tulisnya.
Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila menganggap dirinya sentiasa mengingati hari lahir orang lain, termasuk memberikan hadiah, namun perasaan itu tidak seakan dibalas dengan perkara yang sama.
Walaupun begitu, dia menutup luahan tersebut dengan ucapan kepada dirinya sendiri, seolah-olah cuba menenangkan hati yang sedikit terluka.
Perkongsian tersebut membuatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut meninggalkan komen penuh makna di ruangan tersebut.
Dalam komen balasnya, beliau menasihati agar perspektif terhadap hari lahir ibu bapa juga dilihat dari sudut berbeza, bukan hanya tertumpu kepada ucapan daripada mereka kepada anak.
“Salam dik.. Akak nak share 1, Selalunya kita memang harap orang beri ucapan birthday pada kita terutama sekali ayah ibu, tapi boleh tak kita tukar persepsi itu.
“Bila hari lahir, kita yang sepatutnya call ayah & ibu ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan dan besarkan kita dengan baik. Sebab tanpa mereka, kita tak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka. emoga apa yang akak kongsi ni tak menyinggung perasaan ye. Selamat Hari lahir dik,” komen Siti.

Nasihat tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju bahawa hari lahir juga boleh menjadi momen untuk menghargai ibu bapa yang telah membesarkan kita sejak kecil.
Ada yang bersetuju bahawa perasaan sedih itu normal, manakala ada juga yang mengingatkan bahawa kasih keluarga tidak semestinya diukur melalui ucapan semata-mata.
Walau apa pun pandangan, perkongsian tersebut jelas menyentuh emosi ramai kerana ia menggambarkan realiti kecil yang sering dialami tetapi jarang diluahkan secara terbuka.
Baca juga: Patutlah Harga Durian Musang King Tahun Ini Lebih Murah, Rupanya Diserang ‘Penyakit’ Ini
Sumber: Threads Izzyisml & CTDK
