Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tak Pernah Naik Tangan Tapi Hati Luka Setiap Hari, Ini Tanda Anda Mangsa ‘Cold Violence’ Dalam Rumah Tangga

cold violence

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita perceraian komposer terkenal tanah air, Sharon Paul, dengan pelakon Rusdi Ramli sejak Januari tahun lalu akibat cold violence.

Dalam satu temu bual, Sharon mengakui dia sendiri yang mengambil langkah memfailkan penceraian selepas segala usaha untuk menyelamatkan hubungan itu menemui jalan buntu. Malah, keluarnya dia dari perkahwinan ada cold violence ini dianggap sangat melegakan. Kenapa?

Baca juga: Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..

Apa Itu Cold Violence? Dera Mental Yang Ramai Tak Sedar Wujud

cold violence

Foto: freepik

Di sebalik penceraian, ramai yang mula tertanya-tanya, apakah punca sebenar keretakan rumah tangga ini? Salah satu bentuk penderaan rumah tangga yang sering terlepas pandang ialah ‘cold violence’, atau dera emosi secara senyap. Berbeza dengan penderaan fizikal yang jelas kelihatan, ‘cold violence’ lebih halus dan bersifat psikologi seperti yang dijelaskan oleh peguam syarie, Tuan Hafiz Roslan.

Tanda-tanda yang boleh diperhatikan adalah:

1. Silent Treatment

Sengaja mendiamkan pasangan dalam tempoh yang lama sebagai tanda hukuman. Layanan dingin berpanjangan.

2. Dipulaukan dalam rumah sendiri dari segi emosi

Pasangan mengabaikan perasaan, emosi atau komunikasi pasangan.

3. Menghina secara halus

Melepaskan sindiran dan kata-kata halus yang melemahkan semangat secara berulang.

4. Membuat pasangan rasa bersalah tanpa sebab yang jelas

Memutarbelitkan situasi untuk menjadikan pasangan rasa bersalah dan terus bersalah.

5. Kritikan berterusan tanpa sokongan emosi

Selalu mengkritik tindakan, penampilan, atau keputusan pasangan tapi tidak memberi pujian, sokongan atau galakan bila pasangan buat sesuatu dengan baik.

cold violence

Foto hiasan.

*Situasi sebegini boleh menjadikan pasangan tertekan, hilang harga diri dan keletihan emosi, sehinggakan mereka tidak lagi merasa ‘hidup’ dalam perkahwinan. Jika anda berada dalam situasi di atas, diminta untuk ambil tindakan segera.

Baca juga: Program ‘Self Healing’ Songsang Dapat Kecaman, Ajar Isteri Puaskan Diri Sendiri & Selit Unsur Syirik!

Sumber: Tiktok Tuan Hafiz Roslan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×