Sebelum ini, lelaki Malaysia dikatakan mencari jodoh di Thailand namun berlaku perubahan apabila Kemboja kini menjadi destinasi pilihan para kaum Adam.
Dikatakan, Kemboja merupakan lokasi mencari jodoh bagi lelaki Melayu yang mahu berkahwin buat kali pertama atau kali kedua.
Baca juga: Aaron Aziz Bagi Tips Perkahwinan Kekal Bahagia Selama 22 Tahun, No.3 Kena Elak Bila Bergaduh!
LELAKI MALAYSIA KINI MENCARI JODOH DI KEMBOJA

Perkara ini bukanlah satu rahsia lagi apabila semakin ramai lelaki Malaysia yang sanggup merentas sempadan demi gadis Kemboja.
Di perkampungan Islam sekitar Phnom Penh dan Kampot, terdapat keluarga yang terbuka menerima lelaki Malaysia sebagai menantu selagi mereka ikhlas dan bertanggungjawab.
Menurut laporan wartawan Haria Metro, seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Muzaffar menjelaskan bahawa kahwin campur antara lelaki Malaysia dan wanita Kemboja menjadi kebiasaan.
Katanya, ramai lelaki memilih wanita Kemboja kerana kos hidup lebih rendah dan proses pernikahan mudah.
“Di sini, cukup ada kad pengenalan, wali, dua saksi dan lafaz. Tak sampai separuh pun belanja kahwin di Malaysia. Ramai datang kononnya atas dasar simpati, tapi akhirnya jatuh cinta betul-betul dan terus bernikah,” jelasnya.
Namun, di sebalik kisah cinta yang kelihatan indah, tersembunyi satu realiti yang membimbangkan di mana ramai gadis dikahwinkan seawal usia 15 tahun, terutamanya di kawasan perkampungan.
“Sebahagian besar daripada mereka hanya sempat bersekolah hingga Tahun Enam, malah ada yang langsung tidak pernah ke sekolah. Bagi keluarga mereka, perkahwinan dilihat sebagai jalan keluar daripada belenggu kemiskinan,” jelasnya.
Difahamkan, sekurang-kurangnya lima orang gadis telah dikahwinkan dengan lelaki warga Malaysia. Ustaz Muzaffar turut memberi peringatan kepada lelaki Malaysia agar tidak mempermainkan perasaan wanita Kemboja semata-mata demi nafsu atau hubungan yang tidak serius.
Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”
Sumber: Harian Metro
