Euforia Bola 2026
Cantik

Baru Kenal Terus Breakout & Hilang Seri? Ini Petanda Badan Dah ‘Reject’ Dia Jadi Pasangan Hidup, Sis!

cari jodoh

Ramai wanita mungkin tidak sedar bahawa tubuh kita sebenarnya sangat sensitif terhadap persekitaran. Ini termasuklah sama ada orang yang kita rapat atau pasangan yang kita pilih semasa cari jodoh ‘ngam’ atau tidak.

Macam mana nak tahu sama ada anda ‘ngam’ atau tidak? Ada yang mengatakan bahawa anda boleh tengok dari segi tahap kesihatan kulit sahaja.

Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

NAK TAHU PROSES CARI JODOH ‘MASUK’ ATAU TAK? KALAU JERAWAT BANYAK NAIK TANDANYA….

cari jodoh

Menurut perkongsian dari laman Thread @natashabintinordin, dia bertanyakan adakah orang ramai pernah alami situasi begini seperti baru sahaja kenal seseorang, tiba-tiba wajah mula dipenuhi jerawat, badan terasa berangin, atau seri wajah hilang?

Nampaknya, ini bukan sekadar kebetulan. Tubuh wanita, khususnya pemilik rahim, mempunyai kitaran hormon yang mudah terganggu oleh faktor emosi dan tekanan.

Apabila terlalu leka dengan rasa suka, kita sering terlepas pandang ‘red flags’ pada pasangan. Namun tubuh tidak mudah tertipu. Ia bertindak balas dengan mewujudkan ketidakseimbangan hormon dan hasilnya boleh dilihat pada kulit, mood serta malah kesihatan dalaman.

Ada wanita turut berkongsi pengalaman sama, masalah kulit seperti ekzema yang bertahun tidak sembuh akhirnya pulih selepas berpisah dengan pasangan. Ada juga yang mendapati keputihan luar biasa, seolah-olah ada jangkitan, tiba-tiba hilang selepas keluar daripada hubungan yang tidak sihat.

“Indeed true. I mmg pernah rasa ni dulu. And now with the right person alhamdulillah healthier..” netizen.

Hakikatnya, tubuh seolah-olah cuba “menolak” sesuatu yang hati masih cuba pertahankan!

Kesan Pada Kehidupan Berumah Tangga

cari jodoh

Bagi yang sudah berkahwin atau tinggal bersama pasangan, isyarat tubuh mungkin lebih jelas. Ada yang mula mengalami insomnia kronik tanpa sebab jelas, walaupun rutin sihat sudah diamalkan seperti makan seimbang, bersenam, kurangkan skrin sebelum tidur, bahkan mencuba suplemen.

Namun semua itu tetap gagal kerana punca sebenarnya bukan pada gaya hidup, tetapi hubungan yang sudah tidak selari dengan jiwa. Lebih mengejutkan, sebaik sahaja keluar daripada situasi tersebut, tubuh kembali pulih dengan ‘ajaib iaitu tidur kembali lena, hormon kembali stabil, dan tenaga terasa berbeza.

Kesimpulannya, tubuh tidak pernah menipu. Kadangkala, ia lebih cepat mengenal pasti ancaman berbanding akal yang sedang dipengaruhi emosi. Jadi, bila wajah tiba-tiba meragam, bila badan kerap sakit tanpa sebab, atau bila tidur hilang tanpa logik, mungkin itu bukan sekadar masalah kesihatan biasa, mungkin itu adalah isyarat bahawa hubungan tersebut tidak lagi baik untuk anda.

*Jom periksa wajah masing-masing!

Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×