Euforia Bola 2026
Famili

Pesanan Penting Buat Anak Gadis, JANGAN KAHWIN MUDA Sekiranya Tiada Perkara Ini!

kahwin awal

Kahwin awal atau kahwin muda sering dilihat sebagai sesuatu yang manis dan romantik, seolah-olah menjadi jalan pintas menuju kebahagiaan. Namun, menerusi satu perkongsian jujur dan menyentuh hati di Facebook, Erma Arshad menasihatkan anak-anak gadis agar tidak terburu-buru membuat keputusan besar dalam hidup seperti perkahwinan.

Lebih-lebih lagi, jika belum bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan.

Baca juga: Dua Hati Satu Bilik Air, Ini 6 Sebab Suami Isteri PERLU Mandi Bersama Sekali-Sekala!

PESANAN KEPADA ANAK GADIS, JANGAN KAHWIN AWAL JIKA…

kahwin awal

Gambar hiasan: ikhlas.com

Menurut Erma, gadis muda perlu terlebih dahulu memberi tumpuan kepada pendidikan, mengejar cita-cita, membina kerjaya yang stabil dan mengukuhkan kewangan.

Dalam erti kata lain, capailah kebebasan dan kekuatan diri sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

“Kalau kamu kahwin muda dan kamu tak kerja, kamu akan bergantung sepenuhnya kepada suami. Hidup kamu tidak banyak warna cuma berputar pada jaga rumah, jaga anak, jaga suami. Itu saja dunia kamu,” tulisnya.

Suami baik itu rezeki, tapi persediaan diri itu keperluan

Erma tidak menafikan bahawa jika mendapat suami yang bertanggungjawab, kehidupan perkahwinan boleh menjadi indah. Namun, tidak semua wanita bernasib baik.

Lelaki juga terdedah kepada pelbagai risiko seperti kehilangan kerja atau gangguan orang ketiga. Jika isteri tidak berdikari, tekanan hidup akan jadi lebih berat, terutama bila ada anak-anak.

Baca juga: Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius

Dua kebahagiaan lebih baik dari satu

kahwin awal

Gambar hiasan: ikhlas.com

Erma menyarankan agar anak-anak gadis membina asas kukuh sebelum berkahwin. Milikilah kerja, simpanan, rumah dan kereta sendiri.

Hal ini kerana, apabila perkahwinan datang, mereka akan memiliki dua kebahagiaan iaitu seorang suami dan harta milik sendiri.

Jika rumah tangga berjalan lancar, ia menjadi bonus. Tetapi jika sebaliknya berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih mampu berdiri di atas kaki sendiri.

“Kamu tidak takut sekiranya ada masalah seperti suami hilang kerja, meninggal atau berkahwin lain. Kamu tetap boleh berdiri di atas kaki sendiri.” tulisnya lagi.

Puaskan masa muda, belajar berdikari

Beliau turut berpesan agar gadis muda tidak terburu-buru mahu menjadi isteri hanya kerana melihat perkahwinan orang lain kelihatan indah. Di sebalik gambar manis di media sosial, tidak ramai yang berkongsi cabaran sebenar yang perlu dihadapi.

Maka, gunakan masa muda untuk mematangkan diri, bekerja keras, menabung dan belajar hidup berdikari tanpa bergantung pada sesiapa.

“Menikah itu tak seindah yang kamu lihat. Kamu harus siapkan kekuatan mental, apa lagi jika kamu tak biasa bekerja,” jelasnya.

Pesan Erma Arshad ini bukan untuk menakutkan anak muda daripada berkahwin, tetapi sebagai peringatan agar mereka membuat keputusan besar dengan matang dan berfikir jauh ke hadapan.

Baca juga: Ciri-Ciri Lelaki Tinggi Kecerdasan Emosi Paling Diburu Wanita, ‘Type’ Lelaki Ini Jadi Jodoh Idaman!

Sumber: Erma Arshad

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×