Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Dapat Duit Raya Cecah Ribuan Ringgit? Ini 6 Cara Bijak Urus Simpanan Elak ‘Lesap’ Begitu Saja!

duit raya anak

Setiap kali Syawal tiba, pasti ramai ibu bapa tertanya-tanya, apa nak buat dengan duit raya anak supaya ia lebih daripada sekadar angka di tabung atau akaun bank. Terutamanya, jika mereka memperoleh duit raya sehingga beribu-ribu Ringgit Malaysia.

Sebagaimana anak bujang kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan usahawan Noor Nabila, iaitu Jebat Jayden yang menerima duit raya RM18,368 serta jongkong emas!

Baca juga: Gaji Ideal & Bermaruah Sudah Patut RM5 Ribu Ke Atas – Penganalisis Ekonomi

PANDUAN IBU BAPA URUSKAN DUIT RAYA ANAK DENGAN BETUL

duit raya anak

Gambar: Ahmad Fahmi

Berikutan itu, Ahmad Fahmi di Facebook berkongsi panduan mudah bagaimana duit raya anak boleh dimanfaatkan sepenuhnya, bukan sekadar disimpan di bank.

Menurutnya, jika disusun dengan betul, duit raya anak boleh menjadi:

  • Dana pendidikan
  • Simpanan masa depan
  • Bahkan ada elemen pahala melalui sedekah

Malah, ia juga boleh memaksimakan insentif kerajaan seperti tax relief SSPN sehingga RM8,000 atau bonus i-Saraan KWSP sehingga RM500 setahun.

Langkah bijak urus duit raya anak:

  1. 30% SSPN: Gunakan untuk pendidikan anak dan manfaatkan tax relief.
  2. 20% ASB / Tabung Haji: Pilih pelaburan stabil. Sebagai contoh, labur RM100 di ASB RIA, ASB beri bonus duit raya RM20 (promosi hingga 31 Mei 2026).
  3. 15% KWSP i-Saraan: Anak 14 tahun ke atas layak bonus RM500 setahun.
  4. 15% Akaun bank: Biar anak belajar urus duit sendiri untuk keperluan harian.
  5. 10% Reward anak: Biarkan anak rasa gembira, beli sesuatu yang diminati.
  6. 10% Sedekah: Didik anak dari kecil tentang berkongsi rezeki dan simpanan akhirat.

Ahmad Fahmi menekankan, yang penting bukan jumlah duit raya, tetapi bagaimana ia diurus dari awal. Jika konsisten setiap tahun, duit raya kecil hari ini boleh menjadi puluhan ribu apabila anak besar nanti.

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

duit raya anak

Gambar: Instagram @absorichmy

PANDUAN ‘SIMPAN & GUNA’

Sementara itu, hantaran di Instagram @absorichmy turut menekankan, wang raya bernilai besar seperti RM1,000 boleh dijadikan permulaan kewangan anak:

1. SIMPAN (SAVE)

  • Beli emas sebagai ‘hedging’
  • Simpan dalam ASB atau Tabung Haji
  • Buat tabung pendidikan

2. GUNA (SPEND)

  • Didik anak tentang infaq
  • Beli keperluan sekolah
  • Belanjakan sedikit untuk kemahuan

Dengan panduan ini, duit raya anak bukan sahaja menyeronokkan untuk mereka, tetapi juga boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan. Ibu bapa boleh mula dari jumlah kecil dan ajar anak urus wang secara bijak sejak kecil.

Baca juga: Pinjam Duit Laju Tapi Nak Bayar Liat Kemain, Pergi Mahkamah Bawa Bukti Ini Jika Tiada Hitam Putih!

Sumber: Facebook Ahmad Fahmi / Instagram @absorichmy

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×