Isu lafaz cerai sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pasangan suami isteri, terutama apabila diucapkan dalam keadaan marah, bergurau, atau tanpa niat sebenar untuk berpisah. Ramai tidak tahu bahawa tidak semua lafaz cerai membawa kepada jatuhnya talak.
Mari kita fahami dengan lebih jelas agar tidak tersilap langkah dalam hal yang begitu besar kesannya ini.
Baca juga: Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..
Apa Itu Lafaz Cerai? Bila Yang Dikategorikan Sebagai ‘Tak Jatuh Talak’?

Foto: freepik
Secara asasnya, lafaz cerai ialah ucapan yang keluar dari mulut suami yang membawa maksud berpisah atau menceraikan isteri. Lafaz ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1. Lafaz Sarih (jelas)
Contohnya: “Aku ceraikan kau” atau “Aku talakkan kau.”
Lafaz ini jelas menunjukkan niat menceraikan, maka talak jatuh secara automatik, walaupun tanpa niat (jika lafaznya nyata dan jelas).
2. Lafaz Kinayah (sindiran atau kiasan)
Contohnya: “Baliklah rumah mak kau,” atau “Kita berpisah sajalah.”
Lafaz seperti ini tidak jatuh talak melainkan suami benar-benar berniat untuk menceraikan ketika mengucapkannya.
Namun, beberapa keadaan boleh menyebabkan lafaz cerai tidak sah atau tidak menjatuhkan talak, antaranya:
1. Lafaz tanpa niat (dalam bentuk kiasan)
Jika suami berkata dengan lafaz kinayah tanpa niat menceraikan, maka talak tidak berlaku. Contoh: “Kalau kau tak suka, pergilah dari rumah ini,” tapi sebenarnya hanya marah, bukan mahu bercerai.
2. Lafaz dalam keadaan tidak sedar atau terpaksa
Jika lafaz diucapkan ketika mabuk (bukan secara sengaja), gila, atau dipaksa dengan ugutan, talak tidak jatuh. Contoh: “Awak nak cerai sangat kan? Jom cerai!” atau “Kalau bukan sebab anak, dah lama aku ceraikan kau”
3. Lafaz dalam gurauan atau main-main
Menurut sesetengah pandangan ulama, lafaz cerai secara bergurau boleh jatuh talak kerana ia lafaz yang jelas, namun ada juga pendapat lain yang menilai niat dan konteks perbualan seperti “Jom pergi mahkamah, nak cerai cerai”. Sebab itu penting dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk kepastian.
4. Melalui mesej atau tulisan yang tidak jelas
Jika suami menaip mesej seperti “Kita dah tak ada apa-apa lagi” tanpa niat menceraikan, ia juga tidak menjatuhkan talak secara automatik.
Mengapa Penting Rujuk Mahkamah Syariah?

Foto: FMT
Hukum jatuh atau tidaknya talak hanya boleh disahkan oleh Mahkamah Syariah. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan keputusan dibuat berdasarkan bukti, niat, serta keadaan semasa lafaz diucapkan.
Rujukan kepada mahkamah juga penting bagi menjaga hak kedua-dua pihak termasuk tempoh iddah, nafkah, dan status perkahwinan di sisi undang-undang Islam.
Jadi, jangan suka-suka melafazakan dalam apa jua situasi pun kerana mungkin akan membawa padah seumur hidup!
Baca juga: 90 Peratus Rumah Tangga Berakhir Dengan Pergaduhan & Penceraian Kerana Tidak Solat
Sumber: Tiktok @peguamsyarienaim
