Selepas kisah perpisahannya menjadi tumpuan ramai, bekas isteri Nubhan bernama Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau mesra disapa Dr. Fie tampil berkongsi sisi tenang namun sarat emosi di laman Instagram miliknya.
Siapa sangka, hubungan yang dilihat manis oleh orang ramai ini ternyata sudah bergolak dalam tempoh yang lama…
HANTARAN MEDIA SOSIAL TERBAHARU BEKAS ISTERI NUBHAN UNDANG SEBAK

Dalam satu hantaran yang menyentuh hati, Dr. Fie dilihat memeluk erat anak-anaknya, seolah-olah mencari kekuatan di sebalik senyuman yang cuba disembunyikan rasa sedih di hati. Gambar itu pantas mencuri perhatian ramai, dengan ramai pengikut meninggalkan komen penuh doa dan kata-kata semangat.
“Terima kasih kepada semua yang tak putus mendoakan saya dan anak-anak..”
“Maaf jika saya tak mampu menjawab semua pertanyaan, tapi saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan,” tulisnya.
Tidak lama selepas itu, Dr. Fie turut memuat naik sekeping gambar anak lelakinya bersama kapsyen yang cukup meruntun jiwa:
“Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ni pun cukup dah…”
Ungkapan ringkas itu ternyata menyentuh hati netizen yang rata-rata tersentuh dengan kekuatan dan ketabahan seorang ibu menghadapi ujian hidup. Ruangan komen dibanjiri dengan doa agar Dr. Fie dan anak-anak terus diberi ketenangan dan kekuatan.

Sebelum ini, laporan Berita Harian mendedahkan bahawa Dr. Fie tidak menyangka akan melalui episod penceraian sekali lagi. Untuk rekod, pasangan ini pernah berdepan situasi sama pada tahun 2017 ketika Dr. Fie sedang hamil anak pertama.
Kini, meskipun ujian datang sekali lagi, Dr. Fie memilih untuk reda dan fokus kepada membesarkan anak-anaknya. Baginya, kasih seorang ibu dan kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan yang tidak ternilai.
Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!
Sumber: IG @drfietawfek
