Baru-baru ini, seorang isteri hamil berhadapan situasi genting apabila suaminya melafazkan cerai setelah dia menolak ajakan bersama kerana keletihan dan kesukaran mandi serta mencangkung.
Perkara ini menyebabkan pasangan tersebut hadir ke mahkamah syariah bagi pengesahan lafaz cerai.
ISTERI HAMIL KENA TALAK SATU LEPAS TOLAK AJAKAN SUAMI

Menurut perkongsian di Threads @aimansyarie, prosiding berlangsung dengan Tuan Hakim menyoal kedua-dua pihak. Suami mengakui bahawa malam sebelumnya dia telah melafazkan cerai kerana isteri enggan bersama.
Semasa soal balas, suami mengulang lafaznya: “Aku ceraikan jela kau ni”, manakala isteri menolak dan menegaskan kata-kata yang diucapkan suaminya itu adalah tidak benar.
“Tak setuju dia (suami) cakap lain, dia cakap weyh sial kau ingat aku tahan ke sial. Dah perangai kau macam ini aku ceraikan kau malam ini juga, sial betul kau ni,” ulang si isteri.
Mendengar penceritaan mereka berdua, Tuan Hakim menegur suami kerana tidak mengambil kira keadaan isterinya yang sedang hamil, termasuk keletihan fizikal dan emosi, serta tempoh iddah yang perlu dipatuhi.
Mahkamah akhirnya menetapkan lafaz talak satu tersebut sebagai sah dan isterinya beriddah mulai hari prosiding. Keputusan ini memastikan hak wanita hamil dilindungi, termasuk mematuhi syarat-syarat iddah setelah perceraian berlaku.
Reaksi warga maya

Ekoran perkongsian itu, ramai warga maya yang merasa sedih dan kesal terhadap nasib wanita ini, terutamanya memahami keletihan fizikal dan perubahan emosi yang dialami seorang isteri hamil.
Kisah ini menjadi pengajaran bahawa komunikasi, kesabaran dan kepekaan terhadap keperluan pasangan amat penting, terutamanya bagi isteri yang sedang hamil.
Suami seharusnya memahami keadaan fizikal dan emosi isteri, bagi mengelakkan pertelingkahan yang boleh membawa kepada tindakan drastik seperti lafaz cerai.
Sumber: Threads @aimansyarie
FT Image: Tirachardz / Freepik
