Bila sebut tentang filem animasi, pasti ramai yang beranggapan bahawa ia hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Namun, kehadiran kartun animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di pawagam kini membuktikan bahawa semua peringkat umur boleh menontonnya.
Berdasarkan ulasan penonton awal dan netizen, filem ini menerima pujian atas jalan ceritanya yang sarat dengan kejutan, babak aksi mengagumkan dan persahabatan sejati yang pasti akan membuat penonton lelaki meleleh air mata.
Baca juga: Pasangan Ireland Puji ‘Airport’ Malaysia, Hanya Lapangan Terbang Ini Ada Makanan Untuk Si Kecil
KARTUN ANIMASI EJEN ALI THE MOVIE 2 BUKAN FILEM BUDAK-BUDAK

EATM2 bukan sekadar animasi aksi dan komedi biasa, filemi ni bermain dengan emosi anda sebagai penonton melalui pembinaan watak utama Ejen Ali dengan ejen-ejen lain, kawan-kawan dan juga ahli keluarga.
Lebih mengujakan, proses penulisan skrip EATM2 ini mengambil masa lebih lima tahun kerana penulis perlu menyatukan jalan cerita filem ini dengan plot point yang diketengahkan dalam siri TV Ejen Ali dan filem pertama dulu.
Asalnya, filem kedua ini sepatutnya menyusul selepas filem pertama pecah panggung, namun situasi pandemik yang melanda dunia serta penutupan operasi pawagam menangguhkan perancangannya.
Menurut pengarah kartun animasi Ejen Ali The Movie 2, Usamah Zaid Yasin, dia menjelaskan bahawa menggalas tugas sebagai penulis skrip Ejen Ali adalah jauh ;ebih mencabar daripada yang disangka
“Pengalaman ini membuka mata saya dan saya sedar menjadi penulis sebenar bukan sekadar memberi maklum balas atau melakukan suntingan terhadap idea yang sedia ada. Dari situ, saya benar-benar menghargai seni penulisan sebagai tulang belakang kepada kejayaan sesebuah cerita,” jelasnya.
Pasukan di sebalik EATM2 juga bukan calang-calang, ada di antara mereka sudah bertahun-tahun dalam industri animasi, lengkap dengan jatuh bangun yang membentuk kematangan mereka.
Prosesnya bukan mudah kerana setiap adegan, emosi dan jalan cerita diolah dengan teliti untuk memastikan ia bukan sekadar hiburan ringan, tetapi karya yang bermakna.
Bila Ejen Ali mula diperkenalkan ke pentas antarabangsa, pasukan WAU Animation diberitahu bahawa konsep siri panjang tidak sesuai untuk kanak-kanak, kononnya mereka hanya mahu cerita ringkas dan mudah hadam. Pasukan ini berani menolak pandangan itu dan mengambil inspirasi daripada Dragon Ball dan Avatar: The Last Airbender, untuk mencipta jalan cerita yang berlapis dan penuh emosi.
EATM2 merupakan sebuah filem yang mencerminkan semangat, kreativiti dan ketekunan anak tempatan dalam menghasilkan karya bertaraf dunia.
Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Baca juga: Ejen Ali The Movie 2 Gegarkan Pawagam 22 Mei, Kembali Dengan Aksi Lebih Padat Dan Teknologi!
