Euforia Bola 2026
Famili

“Sepatutnya Ada Ucapan Hari Lahir Tapi…”- Video Suami & Anak Di Pusara Isteri Buat Ramai Sebak, Coretan Undang Air Mata

kehilangan isteri

Selepas ketiadaan ibu, tiada apa yang lebih meruntun hati apabila seorang lelaki kehilangan isteri pula yang merupakan insan yang paling bermakna, teman hidup yang selama ini menjadi tempat berkongsi suka duka.

Kehilangan itu bukan sekadar meragut seorang pasangan, tetapi juga separuh jiwa yang selama ini setia di sisi.

Baca juga: Suami Pun Boleh Penat Dalam Diam, Isteri Tolonglah Bagi 10 ‘Love Language’ Ini…Bermakna Sangat!

KEHILANGAN ISTERI DI HARI LAHIR, BERKECAI HATI SUAMI…

kehilangan isteri

Di aplikasi Threads, pengguna @azemskema berkongsi kisah duka yang meruntun hati dirinya dan juga orang ramai. Coretan ringkasnya cukup membuat ramai sebak, lebih-lebih lagi apabila ia ditulis pada hari ulang tahun kelahirannya.

“Tepat jam 12.00 malam. Sepatutnya aku dengar ucapan Selamat Hari Lahir darinya. Tetapi hari ini hanya ucapan hari lahir dari anak-anak sahaja…” tulisnya.

Menurutnya, isterinya sebelum ini menghidap kencing manis sebelum disahkan pula menghidap tumor otak pada tahun lalu. Pada awal September 2025, dia sempat menjalani pembedahan besar membuang tumor berkenaan dan dibenarkan pulang ke rumah pada 9 September.

Namun, kesihatan si isteri kembali merosot. Pada 20 September, dia dimasukkan semula ke hospital akibat jangkitan kuman pada luka pembedahan. Walaupun segala usaha telah dilakukan, takdir Allah lebih mengatasi segalanya dan pada 23 September 2025, wanita itu pergi buat selama-lamanya, meninggalkan suami dan anak-anak kecil.

Momen pilu di pusara

kehilangan isteri

Beberapa video yang dikongsi di media sosial semakin mengundang rasa hiba netizen. Dalam rakaman itu, kelihatan si suami membawa anak-anak kecil menziarahi pusara arwah ibu mereka.

“Sepetang bersama anak-anak bermain di rumah abadi mama. Heroin dah start demam. Harap aku kuat lagi,” tulisnya.

Lebih memilukan, dia turut berkongsi video kenangan bersama isterinya yang disertai coretan penuh kasih dan doa.

“Sekarang kau dah kembali ke negeri abadi. Akanku sematkan kasih sayang pada anak-anakmu ini. Semoga taat, setiamu bersamaku dibalas dengan syurga. Aku halalkan semua makan minum, aku maafkan segala salah dan silapmu. Semoga kita bersatu lagi di alam sana nanti…” tulisnya lagi.

Pemergian isteri tercinta sememangnya satu ujian berat. Namun, kasih sayang dan kenangan yang ditinggalkan akan terus menjadi kekuatan buat seorang suami dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan.

Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga juga keluarga yang ditinggalkan terus cekal menghadapi ujian ini. Aaamin…

Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×